21 April 2015

Mencuba Untuk Bertahan

Mencuba untuk bertahan, namun kadangkala hati ini rapuh jua. Puas menahan dari mengalir, tapi airmata ini tetap juga gugur ke pipi.. Kuatlah wahai HATI, tabahlah wahai JIWA.. Jangan biarkan orang lain tahu yang kau sebenarnya lemah..

23 February 2015

Kisah benar 12/8/2014

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?
Kisah benar 12/8/2014
Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.
Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.
Aku pun bertanya,
"Kereta bos ke tu?"
Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...
"Dari mana bos?"
Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?
Consultant jawabnya.
Oooh...
"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.
"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.
"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.
Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"
Dia tersenyum dan katanya,
"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.
Aku terdiam..
"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,
"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.
"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,
"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"
Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"
Dammm !!!
Tersentap aku..
Katanya lagi,
"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"
Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,
"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.
Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya,
"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.
"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.
Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.
Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.
Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.
InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.
Sampaikan...

18 February 2015

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

17 February 2015

Takziah Dari 3 Tanah Suci

SEMALAM (kelmarin), pada saat ini, Syeikh Ismail Haniyeh, bekas perdana menteri Gaza, Palestin menghubungi saya daripada bumi Gaza untuk menyampaikan salam takziah daripadanya mewakili umat Islam Gaza di atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda tuan guru empat hari lepas.

Beliau berpesan agar keluarga saya tabah menghadapi ketentuan ALLAH dan berdoa semoga ayahanda diampuni dan dirahmati ALLAH dan ditempatkan bersama para solihin.

Saya begitu gembira menerima panggilan daripada syeikh Ismail Haniyeh. Begitu terasa kehangatan persaudaraan di antara kita di Malaysia dan rakyat Gaza di serambi Baitul Maqdis.

Semoga ayahanda juga ditulis oleh ALLAH sebagai antara para pejuangNYA yang berjuang untuk membebaskan bumi Palestin daripada penjarahan Yahudi.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah bersusah payah menyampaikan berita kematian ayahanda kepada seorang syeikh yang sedang mengajar di Masjid Nabawi di kota Madinah, lalu diumumkan dan didoakan oleh syeikh bersama ahli jamaah Masjid Nabawi yang lain.

Ia suatu penghargaan yang sukar diungkapkan. Semoga ayahanda termasuk daripada kalangan para pencinta Rasulullah SAW dan diberi segala kelebihan pahala sebagaimana yang dijanjikan olehNYA ke atas para pencinta al Rasul. Sepanjang hidupnya ayahanda banyak menghabiskan usianya berjuang menegakkan al-Quran dan sunnah Baginda.

Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia di kota Makkah yang sedang menunaikan ibadah umrah turut mendoakan untuk ayahanda di hadapan kaabah agar diampuni dan rahmati ALLAH.

Salam takziah dari tiga bumi suci!

Oh Tuhan, ampunilah dan rahmatilah ayahanda kami dengan syafaat kecintaan seluruh makhlukMU kepadanya.

Petang tadi (semalam), dalam kunjungan takziah rombongan pegawai kerajaan ke rumah kami, seorang daripada mereka telah menceritakan kepada saya bagaimana beberapa hari lepas, beliau telah bermimpi beliau dikhabarkan oleh kawannya (dalam mimpi) bahawa Rasulullah SAW sedang datang bertandang ke bumi Kelantan.

Beliau terjaga dengan rasa gembira walaupun kurang mengerti maksud mimpi tersebut sehinggalah mendengar berita kematian ayahanda beberapa hari kemudian.
Saya terharu dan begitu sukacita mendengarnya. Semoga ia adalah basyarah (berita gembira) buat perjalanan ayahanda menuju ALLAH dan bertemu al Rasul kecintaannya.

Oh Tuhan, adakah ayahandaku telah menemui kekasihnya itu? Gembirakan aku dan dia sebagai pencinta kekasihMU itu...

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK Pas Pusat
Ahli Parlimen Pasir Mas

Syahdu terasa dihati.. Kita pun tak tahu lagi cara bagaimana kita pergi. Adakah seperti dia, ataupun ... sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.. semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah.. Ya Allah, Kau berikanlah kami petunjuk ke jalan yang benar lagi diredhai.. Kau pandulah kami menuju jalan-Mu yang lurus.. agar kami, hamba-Mu tidak terpesong dari Agama-Mu..

12 February 2015

BATU NISAN DIDIKLAH AKU!

 Berkongsi kisah benar yang saya lalui apabila bertemu dengan seorang usahawan yang merupakan penggerak utama projek kemanusiaan di Syria dan Gaza. Terus terang saya katakan, beliau telah gerakkan keluarganya untuk infaq dan anjurkan program untuk mengutip dana yang kalau dijumlahkan sudah melebihi jutaan ringgit. Ya! mereka dari golongan yang mewah namun tidak pernah lupa untuk membantu saudara di Syria dan Gaza. Apalah sebab dia dan keluarganya pilih jalan susah ini untuk bantu Ummah dikala semuanya sudah cukup lagi mewah untuk diri mereka. Saban masa beliau menangis tersentuh jiwanya bila melihat anak kecil syria dan gaza kematian kerana tidak cukup makan,ubatan dan selimut. Hancur hati terasakan masih gagal untuk membantu Ummah. Saat saya menemuinya di pejabatnya, terkejut kerana penuh dengan mafla dan gambar Gaza serta Syria. Cinta benar dirinya kepada Ummah. Tiba-tiba saya begitu terkesima saat melihat sebuah BATU NISAN yang tertulis namanya diletakkan di atas meja seorang CEO syarikat! Bila ditanya, jiwanya sangat berombak untuk mengadu betapa risaunya dia saat dipanggil pulang dikala kerja untuk agamanya sangat kerdil. Allah Hu Akhbar...............................Ya Rabb Namanya tidak dikenali tetapi kami sangat menyanyanginya. Moga Allah tempatkan beliau dan keluarganya bersama para syuhadah yang berjuang untuk agamanya. Limpahkan kebaikkan dan rezeki yang membahagiakan atas segala kebaikkan yang beliau lakukan. 

Setuju kan...

11 February 2015

Hujah Imam Hanafi Dengan Addahri

"Soalan pertama aku wahai anak muda, benarkah Allah itu wujud ?" soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Sesungguhnya Allah itu memang wujud," tegas Imam Abu Hanifah.

"Sekiranya benar Allah itu wujud, bila dia dilahirkan ?" tanya Dahri lagi sambil tersenyum. Soalan pertama itu yang membuat ramai ulama kelu lidah bagi menjawabnya.

"Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama dan terakhir, tidak ada sesuatu sebelumnya dan tidak ada sesudahnya," jawab Imam Abu Hanifah.

"Mustahil tidak ada yang mendahuluinya dan tidak ada kemudian darinya. Buktikan contohnya kepada aku," balasDahri.

Imam Abu Hanifah menunjukkan lima jari pada tapak tangannya lalu berkata, "Cuba kamu lihat ibu jari ini. Adakah ada jari sebelumnya ? Cuba lihat pula jari kelingkingku ini. Adakah jari lain selepasnya ? Sekiranya jari ini Tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya."

"Sekiranya begitu, pada tahun berapa Tuhan dilahirkan ?" tanya Dahri lagi.

"Seperti yang saya katakan tadi, Allah itu tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Allah itu wujud sebelum wujudnya sesuatu. Sebelum masa dan tarikh dicipta, Allah itu lebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh." jawab Imam Abu Hanifah.

"Berikan buktinya...," pinta Dahri.

"Adakah kamu tahu ilmu mengira ?" tanya Imam Abu Hanifah pula.

"Sejak kecil aku sudah mengenal angka," jawab Dahri.

"Apakah angka sebelum nombor satu ?"

"Kosong atau tiada...."

"Sekiranya angka satu itu tidak angka sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah Yang Maha Esa itu tidak ada yang mendahuluiNya ?"

Dahri terkesima kerana tidak menyangka anak muda yang disangkanya masih mentah itu dapat mematahkan hujahnya. Namun dia tidak mahu mengalah lalu terus bertanya,"Kata kamu, Allah itu wujud. Sekiranya begitu di manakah Tuhan kamu itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya ?"

"Maha Suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat !" jelas Imam Abu Hanifah.

"Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya ? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud tempatnya di atas bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud pasti bertempat," bantah Dahrisambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Jawapannya mudah sahaja. Cuba kamu lihat pada dirimu sendiri. Bukankah kamu ada nyawa ?" kata Imam Abu Hanifah.

Orang ramai pula mengikuti hujah-hujah anak muda itu dengan penuh minat.

"Dalam tubuhku ini memang ada nyawa. Bahkan setiap makhluk yang hidup pasti ada nyawa !" sahut Dahri.

"Adakah kamu tahu di manakah letaknya nyawa atau roh itu ? Di kepala kamukah, di perutkah ataupun adakah di hujung tapak kakimu ?" balas Imam Abu Hanifah.

Dahri tersentak mendengarnya. Dia tidak menyangka anak muda itu begitu pintar sedangkan sebelum itu tidak ada ulama yang dapat menjawabnya. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama mereka.

"Dahri, sekiranya kamu masih belum jelas, saya mahu jelaskan. Sekarang berikan saya segelas susu," pinta Imam Abu Hanifah.

Selepas diberikan segelas susu, Imam Abu Hanifah menunjukkannya kepada Dahri lalu bertanya, "Adakah kamu percaya dalam susu ini mengandungi lemak ?"

"Aku percaya...," jawab Dahri.

"Tunjukkan kepada aku di manakah lemak itu berada ? Di bahagian ataskah, di bahagian tengahkah ataupun di bahagian bawah ?" tanya Imam Abu Hanifah.

Sekali lagi Dahri tersentak lalu menggaru-garu kepalanya kerana dia tidak dapat menjawab pertanyaan itu. Melihat keadaan itu, Imam Abu Hanifah pun berkata, "Bagi mencari di manakah letaknya lemak dalam air susu ini pun kita tidak mampu dan bagi mengetahui di mana letaknya roh dalam diri kita tidak tahu, inikan pula mahu mencari di mana letaknya zat Allah."

Dahri terpaku, mukanya merah kerana berasa malu. Namun dia berusaha mengawal dirinya. Apabila keadaan agak reda, dia mengemukakan soalan seterusnya, "Hai anak muda, beritahu aku apakah yang wujud sebelum Allah dan apa pula yang muncul selepasnya ?" tanya Dahri.

Orang ramai menumpukan perhatian pada Imam Abu Hanifah.

"Jawapannya sama seperti yang mula-mula tadi. Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah dan tidak sesuatu jua yang akan muncul selepasnya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang awal dan dialah yang akhir," tegas Imam Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Mustahil Tuhan wujud  tanpa ada permulaannya dan lebih mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya ?" Dahricuba berdalih dengan menggunakan logik akalnya.
Dengan tersenyum Imam Abu Hanifah menjelaskan, "Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kamu lihat pada ibu jari kamu itu. Jari apakah yang kamu nampak sebelum jari ini ?" sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Beberapa hadirin turut berbuat demikian.

"Pada jari kelingking kamu itu, apakah ada jari yang selepasnya ?" sambung Imam Abu Hanifah.

Dahri terdiam. Imam Abu Hanifah terus berhujah, "Sekiranya pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahuluinya dan tiada sesuatu yang kemudian selepasnya."

"Kata-kata Allah dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud,

"Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan Dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

"Anak muda, banyak lagi soalan yang aku mahu kemukakan. Tetapi sebelum itu, aku hendak bertanya, dengan siapa kamu berguru ?" tanya Dahri kerana kagum dengan kehebatan lawannya itu.

"Guruku adalah Imam Hammad. Dia turut berada dalam majlis ini sedang mengikuti perdebatan kita. Sekiranya saya anak muridnya tidak dapat kamu kalahkan, apatah lagi guru saya Imam Hammad." jawab Imam Abu Hanifah.

Dahri mula rasa gentar kerana anak muda itu bukan calang-calang orang bagi dilawan berdebat. Itu baru anak muridnya, belum lagi gurunya. Namun, Dahri tetap tidak mahu mengalah.

"Beritahu aku keadaan zat Tuhanmu, apakah ia keras dan pada seperti besi, ataupun cair seperti  air, ataupun berwap seperti udara ?" tanya Dahri lagi.

"Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal ?" tanya Imam Abu Hanifah pula.

"Selalu aku melihatnya," jawab Dahri.

"Sebelum meninggal dunia, pesakit itu masih boleh bercakap serta menggerak-gerakkan anggotanya. Tetapi apabila meninggal dunia, dia diam kaku dan bisu. Mengapa jadi begitu ?" tanya Imam Abu Hanifah pula.

"Kerana roh meninggalkan tubuhnya ataupun nyawanya sudah hilang," jawab Dahri.

"Apakah kamu melihat roh itu keluar ataupun nyawanya dicabut ?" tanya Imam Abu Hanifah lagi.

"Tidak," jawab Dahri.

"Kamu tidak dapat melihat roh itu kerana ia bukan benda yang padat seperti besi, ataupun cair seperti air ataupun menguap seperti udara ? Betul ?" tanya Imam Abu Hanifah.

"Entahlah, aku tidak pasti," kata Dahri.

"Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh itu, bagaimana kita hendak mengetahui zat Allah ?"

"Ke arah manakah Allah sekarang sedang menghadap wajahnya ? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat menghadap," tanya Dahri.

"Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap ?"

"Sinar lampu itu pasti menghadap ke seluruh arah dan penjuru."

"Sekiranya demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan manusia, bagaiman dengan Allah Pencipta langit dan bumi ? Dia nur cahaya langit dan bumi."

"Kamu percaya adanya syurga ?" tanya Dahri lagi.

"Saya percaya," jawab Imam Abu Hanifah.

"Benarkah dalam syurga itu disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman ? Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil. Bukankah itu cuma khayalan ?"

"Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama sembilan bulan ? Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pernah buang air besar dan kecil. Itu baru dalam kandungan perut ibu kamu. Bagaimana pula sekiranya di dalam syurga ?"

Namun, Dahri masih tidak berputus asa mahu mengalahkan anak muda yang memalukannya itu. Dia memandang ke arah khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum itu wajah khalifah turut bermuram durja apabila para ulama tidak dapat berhujah dengan Dahri. Dahri berfikir seketika, mencari jalan bagi mengalahkan lawannya.

"Ini soalan aku yang terakhir. Aku yakin kamu tidak tahu apa jawapannya," kata Dahri sambil bercekak pinggang. Dia sengaja mengeraskan suaranya bagi menghilangkan rasa malunya.

"Dengan izin Tuhan, saya pasti menjawabnya...," balas Imam Abu Hanifah.

"Anak muda yang masih mentah, beritahu aku apa yang sedang dilakukan oleh Tuhan kamu ketika ini ?" Soalan Dahriyang terakhir itu membuat Imam Abu Hanifah tersenyum riang. Dia seperti menduga soalan itu yang akan ditanyakan lawannya.

"Soalan yang terakhir itu sangat menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana soalan itu penting, saya perlu menjawabnya dari tempat tertinggi supaya dapat didengar oleh semua orang. Kerana itu marilah kita bertukar tempat. Kamu turun ke bawah dan saya naik ke atas mimbar supaya suara jelas kedengaran," kata Imam Abu Hanifah.

"Baiklah, dengan senang hati aku turun ke bawah dan kamu boleh mengambil tempat aku di atas mimbar," kata Dahriyang berasa yakin beroleh kemenangan.

Imam Abu Hanifah berdiri di atas mimbar lalu menghadap ke arah orang ramai lalu berkata dengan suara yang lantang, "Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah sekarang ini adalah menjatuhkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah sana, dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini."

Maka bergemalah takbir daripada orang ramai. Mereka memuji kewibawaan Imam Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah umat Islam daripada lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Dahri pula terpaksa mengaku kalah lalu pulang ke negaranya dengan penuh kehinaan.

Walau sudah hampir ribuan tahuj pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.