18 April 2014

Sepuluh perkara yang sia-sia dan tidak memberi manfaat

  1.  Ilmu yang tidak diamalkan
  2.  Amalan yang tidak bertolak dari ikhlash dan berqudwah pada sunnah rasul
  3.  Dan Harta yang tidak diinfaqkan, dimana pemiliknya tidak menikmatinya didunia terlebih lagi membelanjakannya untuk kepentingan akhiratnya
  4.  Dan hati yang kosong dari cinta dan rindu terhadap Allah SWT
  5.  Dan badan yang tidak difungsikan untuk tho'ah dan berkhidmah pada Allah SWT
  6.  Dan cinta yang tidak diikat oleh redha Allah SWT dan melakukan ketaatan pada perintah-perintahNya
  7.  Dan waktu yang tidak dihabiskan untuk mengejar kealpaan, atau bergegas dalam kebajikan dan pendekatan diri pada Allah SWT
  8.  Dan pikiran yang terbang melayang dalam hal-hal yang tidak bermanfaat
  9.  Dan berhikmah pada sesuatu yang tidak mendekatkan diri pada Allah SWT dan tidak mendatangkan kebajikan dunia
  10.  Dan takut dan harap pada sesuatu yang keberadaanya justeru ditangan Allah SWT, menjadi tawanan dalam genggamanNya, tidak memiliki manfaat mahupun mudarat ( bahaya ) bagi dirinya sendiri atau memiliki kematian, kehidupan dan kebangkitan.
Diantara hal-hal diatas yang terparah adalah dua iaitu menyia-nyiakan hati dan menyia-nyiakan waktu; hati menjadi sia-sia dengan sikap mengedepankan kepentingan duniawi di atas kepentingan akhirat dan waktu sia-sia karena tenggelam dalam angan-angan yang sangat panjang.

Sehingga kerosakan itu pada hakikatnya terpusat pada mengikuti hawa nafsu dan panjangnya angan-angan, dan sebagaimana seluruh kebajikan itu terpusat pada mengikuti hidayah dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.
( Dinukil dan diterjemahkan dari kitab al-fawaa'id hal 126 oleh Ustadz Achmad Rofi'i Lc )

06 April 2014

Teknik Menggunting Abaya Sifu 1

20 March 2014

Kembara Menuju Allah

“Pergilah wahai tetamu Allah,
Pergilah menuju ke hadrat Ilahi mu,
Pergilah membawa hatimu yang pasrah,
Pergilah melampias niatmu yang kudus ikhlas,
Penuh kerelaan tanpa gundah dan gelabah,
Tiada lain yang kau cari kecuali keredhaanNya jua.
Namun jalan cinta itu penuh berliku,
Kan bertandang ujian beribu satu,
Merintangi diri menghalangi hati,
Kerana setiap kembara pasti diuji,
Adakah palsu atau sejati.
Pakaikan ihram salutkan di tubuh,
Serahkan jiwa dan raga seluruh,
Pangkat, darjat, bintang dan gelaran diluruh,
Kini kita hanya hamba kerdil yang benar-benar hina di hadapanNya.
Sucikan diri memohon keampunan,
Ambil iktibar sepenuh keinsafan,
Nikmat beribadah cuba bayangkan,
Mabrur dan diterima itulah pengharapan...”
~ Petikan bait-bait puisi di dalam VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah

03 March 2014

JADILAH SIAPA SAJA

Jadilah pelaut kau tahu lautan hidup bergelora,
Jadilah petani kau kenali keringat sawah ladang,
Jadilah pengayuh beca kau rasai roda lelah seharian,
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperolehi sesuap nasi,

Jadilah penukang atau pengukir belum pasti makmur memahat diri,
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan,
Jadilah pemanjat kelapa kemana pelepah melambai keadilan,

Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi,
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni,
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tau harga diri,
Jadi pelukis karyamu alam tidak terhakis siang malam,
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam,

Jadi penulis bergelar sasterawan merakam adab,
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat,
Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar,
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar,
Jadi pelatih jangan tau maki herdik oleh letih lesu nafsu marah,
Jadi pensyarah tau kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah,

Jadi perancang di situ berfikir selok belok ekonomi rakyat,
Jadi peguam fasih lidahmu kelak kebenaran hukum terletak,
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat,
Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri,
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi,

Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing,
Jadi engkaulah pengawaswarga agar tau melalui musim,
Jadi Perdana Menteri tau berperi sedia berani mati,
Jadi permaisuri di sisi hikmah raja selalu bestari,
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf,
Jadi penggerak jauhi nahi munkar jasabakti diselangi takruf,
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri,
Jadi satu cangkir yang setiap kita akan menghirupnya,
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!


Dato’ Hj A.Aziz Deraman
Kuala Lumpur
1 Mei 2002

14 February 2014

Kehilangan – Firman

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

02 February 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat air. Dapat menyejukkan badan

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


25 January 2014

Untuk itulah kita diciptakan




Untuk apakah kita hidup di dunia ini???
Kita hidup di dunia bukan hanya untuk makan atau membanting tulang mecari nafkah.


Tujuan utama kita hidup di dunia adalah untuk beribadah dan mentauhidkan Allah.


Sebagaimana dalam ayat (yang ertinya):


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”


(Quran Surah Adz Dzariyat : 56)


Manusia tidak dibiarkan begitu saja di dunia ini tanpa ada perintah mahupun larangan.


“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?”


(Quran Surah Al Qiyamah : 36)


Imam Asy Syafi’i mengatakan;


“(Apakah mereka diciptakan) tanpa diperintah dan dilarang?”


Ulama lainnya mengatakan;


“(Apakah mereka diciptakan) tanpa ada balasan dan siksaan?”


(Lihat Madaarijus Salikin karya Ibnul Qayyim. 1: 98)


Justeru wajarlah kita saling dan sering mengingatkan. Janganlah kita Islam hanya pada nama dan di Mykad, akan tetapi sewajibnya kita masuk ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan).


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


(Quran Surah Al Baqarah: 208)


Ibnu Katsir menegaskan bahawa maknanya adalah lakukan seluruh ajaran Islam, iaitu belbagai cabang iman dan belbagai macam syari’at Islam.


Orang Islam itu wajib Solat lima waktu. Wajib anti syirik dan meninggalkan pelbagai ritual kesyirikan.


Orang Islam itu beribadah dengan mengambil tuntunan sunnah Nabi Salallahu Alaihi Wasallam dan inilah prinsip Islam sebenarnya.


Ayuh kita muhasabahkan sentiasa, insya’Allah.

creditt to: Atriza Umar