06 June 2014

Suami isteri pontianak

Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain.
Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing.
Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom.
Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks.
“Apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Filth.
Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi.
“Ia mempunyai rasa metalik,” katanya.
Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja.
Tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain.
“Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah,” kata Pyretta.
Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat.
Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa.
“Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya.
Menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat.

“Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal.
“Kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih,” katanya.
Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks.
“Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks.
Foto

Kami amat bertanggungjawab,” katanya.

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik

Photobucket
 TAHUKAH KAMU SEMUA?
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Cara tunaikan tawaf di Kaabah, Mekah ;
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Nahas di Mesir: 6 pelajar Malaysia stabil

KUALA LUMPUR 5 Jun - Enam pelajar jurusan pergigian Universiti Iskandariah, Mesir yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menaiki sebuah van ke lapangan terbang di sana kelmarin, kini semakin pulih dan stabil.

Menurut Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia Mesir (Perubatan) cawangan Iskandariah, Dr. Ahmad Abid Amin, dua daripada pelajar itu yang cedera ringan sudah dibenarkan keluar dari Hospital Salamah pada hari kejadian, manakala empat lagi pelajar masih dirawat di hospital yang sama.
Beliau berkata, salah seorang daripada mereka, Ummi Nadiah Filzah Daud masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu dalam keadaan separuh sedar serta menunggu dia stabil dan seterusnya akan menjalani rawatan yang selanjutnya.
"Seorang lagi pelajar, Siti Shahirah Abdul Jalil telah dipindahkan dari Hospital Salamah ke Hospital Miri Universiti Perubatan Iskandariah dan kini dalam keadaan stabil.
"Siti Nurul Aisyah Zahari pula selamat dipindahkan dari Hospital Salamah ke Hospital Ortopedik Hadarah Nareman dan telah menjalani pembedahan manakala Fatin Inani Mohd. Noh dipindahkan ke Hospital Nur Islam selepas menjalani pembedahan. Kedua-dua mereka juga kini stabil," katanya.
Akhbar semalam melaporkan enam penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan itu berlaku selepas pemandu van tersebut terlanggar belakang sebuah lori sehingga menyebabkan van dinaiki mereka berpusing beberapa kali.
Pelanggaran itu menyebabkan pintu van tercabut dan kesemua enam pelajar perubatan itu tercampak.
Semua mangsa ketika itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air dan difahamkan ahli keluarga mereka kini dalam perjalanan ke Mesir. - UTUSAN ONLINE

Duduk Antara Dua Sujud

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ     

Assalammualaikum.. Hari ni nak share cikit tentang duduk antara dua sujud. Sebenarnya pagi tadi aku ade terbaca dalam fb mengenai cara2 solat yang betul. Bila aku tengok cara duduk antara dua sujud kat dalam gambar tu tak sama dengan cara aku selalu buat ketika solat. Terkejutlah aku, sebab selama ni aku solat tak sempurna. Tapi rasenye mase sekolah dulu aku ingat lagi Ustazah yang ajar cara duduk antara dua sujud. Aku mulalah serch kat google mengenai cara2 duduk antara dua sujud. Nak cari kesahihan yang sebenar-benarnya. 
Gambar kat bawah ni lah yang aku tengok kat dalam fb mengenai cara2 solat perempuan.
Yang menjadikan kekeliruan aku adalah duduk antara dua sujud, Selalunya aku buat ialah papan punggung diletakkan di atas tumit dan jari kaki.
Tapi kalau diikutkan dalam gambar ni papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat. Eh yang mana satu betul ye..
 
 Akupon carilah kat google cara2 solat yang sempurna. Aku baca kat banyak tempat, sebab aku ni jenis mesti nak fahamkan betul2 apa yang aku buat dan apa yang aku lihat dalam gambar ni betul atau salah. Setelah aku cari, aku baca n aku fahami ini yang aku dapat. Kedua-dua cara ni betul, cara selalu aku solat n cara solat yang dalam gambar ni. Dan sebenarnya ada 3 cara yang dibolehkan atau diharuskan dalam solat.Aku ada jumpa beberapa blog yang berkongsi fasal duduk antara dua sujud ni. Tapi aku ambil dari blog Ibnu Muslim. Ni link die http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/duduk-antara-dua-sujud-lambang.html

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud itu ada tiga cara:

Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

"Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila ruku‘, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari ruku‘) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada raka‘at ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada raka‘at akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Cara yang kedua yang juga diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah duduk iq‘a iaitu dengan punggung didudukkan di atas kedua-dua tapak kaki dan tumit, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: "Abu Zubair mendengar daripada Thawus mengatakan: "Kami bertanya kepada Ibnu ‘Abbas mengenai duduk (dengan cara iq‘a) di atas dua kaki. Ibnu ‘Abbas menjawab: "Itu adalah sunat". Lalu kami berkata kepadanya: "Kami melihat (cara duduk sedemikian) menyusahkan orang tersebut". Ibnu abbas menjawab: "Itulah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam". (Hadis riwayat Muslim)

Cara ketiga menurut riwayat daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum ialah dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud. (Al-Majmuk: 3/399) Perkara ini disebutkan dalam satu riwayat daripada Az-Zubair yang maksudnya :

"Sesungguhnya dia (Az-Zubair) melihat ‘Abdullah bin ‘Umar apabila sujud, kemudian beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang pertama (lalu) duduk di atas jari-jari kakinya dan beliau berkata: "Sesungguhnya (duduk seperti ini) adalah sunnah". (Riwayat Al-Baihaqi)

Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Al-Kubra (2/464) menjelaskan bahawa duduk iq‘a seumpama ini adalah disunatkan sebagaimana yang diriwayatkan kepada kami daripada Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar Radiallahu ‘anhum. Beliau seterusnya menjelaskan cara duduk tersebut iaitu yang bermaksud :

"(Cara duduk itu) ialah meletakkan jari-jari kaki di atas bumi dan meletakkan punggung di atas dua tumit serta meletakkan lutut di atas bumi"

Menurut An-Nawawi, ulama‘ berselisih pendapat pada hukum duduk dan kaifiyat dalam duduk al-iq‘a. Sebenarnya cara duduk iq‘a itu dua macam:

1. Meletakkan kedua punggungnya di bumi, menegakkan kedua kakinya dan meletakkan kedua tangannya di atas bumi seperti duduknya seekor anjing. Inilah cara duduk yang dimakruhkan sebagaimana yang dimaksudkan dalam larangan hadis.

2. Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam perkara 2 di atas, Imam As-Syafi‘e menyatakan adalah sunat melakukan duduk Iq‘a ketika duduk antara dua sujud sebagaimana disebutkan dalam kitabnya Al-Buwaithi dan Al-Imla’. Walau bagaimanapun dalam nash (kitab) yang lain, beliau menyatakan duduk yang masyhur dan disunatkan ialah duduk iftirash. Oleh yang demikian, duduk yang afdhal menurut mazhab Syafi‘e ialah dengan cara duduk iftirash sama ada ketika melakukan duduk tasyahhud awwal, duduk antara dua sujud mahupun ketika duduk istirahah (duduk sebelum bangkit bagi raka‘at seterusnya). Manakala duduk ketika tasyahhud akhir sunat dilakukan dengan duduk tawarruk (sebagaimana duduk yang biasa kita buat pada raka‘at terakhir sebelum salam). (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/169-170)

Berdasarkan penjelasan di atas, menurut Imam Syafi‘e sunat duduk iftirash pada kebanyakkan duduk dalam sembahyang, kecuali bagi duduk yang diikuti dengan salam. Menurut beliau juga, duduk di dalam sembahyang itu ada empat iaitu duduk antara dua sujud, duduk tasyahhud awwal, duduk istirahah (duduk sebelum bangkit/berdiri bagi raka‘at seterusnya), dan duduk tasyahhud akhir. Kesemua duduk yang disebutkan tadi sunat dilakukan dengan duduk iftirash kecuali duduk tasyahhud akhir. Begitu juga bagi orang yang masbuq, sunat duduk dengan iftirash. Menurut Imam An-Nawawi, jika dilakukan kesemua duduk dalam sembahyang dan menjadikan kaki-kakinya itu dengan cara duduk iftirash, iq‘a atau tawarruk tidak akan membatalkan sembahyang sekalipun duduk itu berbeza-beza. (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/133-134)

Disunatkan dalam duduk antara dua sujud itu, meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dan tangan kiri di atas paha kiri dengan jari-jari diletakkan sejajar di atas kepala lutut sambil menghadap kiblat. Maka tidaklah mengapa jika jari-jari tersebut melimpasi lutut berkenaan. (Al-Majmu‘: 3/398)

Semoga apa yang aku sharing ni dapat memberi manfaat kepada semua dan untuk peringatan untuk diri aku jugak. InsyaAllah..

05 June 2014

Sabar Itu INDAH...


              بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ                                                      

Assalammulaikum, 

Memang marah itu mudah, tapi bersabar itukan lebih indah...

Firman-Nya yang bermaksud;
                “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)
(Al-Baqarah:  Ayat 214)
Dan dalam firman-Nya yang lain;
                “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)
 Indahnya sabar hanya kita yang rase. Apabila diri diuji oleh Allah dengan sesuatu yang tidak kita ingini pasti kita rase sedih. Dan selalunya dalam hati mesti bertanya sendiri 'kenapa aku yang diuji, mengapa ujian ini diberikan kepadaku, kenapa mesti aku, kenapa tak orang lain'. Kadang2 tu dalam hati 'kenapa aku, aku, aku'. Ya Allah betapa lemahnya iman ku pada-Mu, betapa banyaknya dosa ku pada-Mu Ya Allah. Ampunilah dosa hamba-Mu yang serba kekurangan ini Ya Rahim.. Sesungguhnya aku terlalu ikutkan hati. Sedangkan masih ramai lagi diluar sana yang Kau uji lebih daripada ku. Aku melupakan segala nikmat yang telah Kau limpahkan padaku hanya kerana sedikit ujian yang Kau berikan.

"Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”

Sesungguhnya terlalu banyak nikmat-Mu yang aku dustakan Ya Allah. Ya Allah aku tahu ini adalah dugaan-Mu, dan aku menerima dugaan ini untuk kebahagiaanku di akhirat kelak. Kau berikanlah ketabahan kepadaku, kuatkanlah imanku, curahkanlah keikhlasan dan keredhaan ke dalam hatiku ini Ya Allah.. Aku tahu Ya Rabb, bahawa untuk menuju Syurga-Mu aku harus meniti jalan yang berliku yang penuh dengan onak dan duri. 
 
Semoga aku terus tabah, sabar dan tawakkal dengan segala dugaan-Mu Ya Rabb... 





Laa Tahzan, jangan bersedih. Allah kan ade.. Semoga aku akan lebih tabah menghadapi setiap dugaan.. Dan semoga aku akan mendapat nikmat keindahan sabar itu.. InsyaALLAH..



03 June 2014

Masjid Quba' - Masjid Pertama Yang Dibina Di Dunia..

Antara Masjid yang akan dilawati oleh para tetamu Allah dalam siri Lawatan Ketempat tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah adalah Masjid Quba' . Yang pasti nya Masjid ini tersenarai dalam senarai Masjid Masjid yang mesti di kunjungi . Cuma yang tidak pastinya ialah adakah para tetamu Allah , satelah berhabisan wang demi untuk melakukan Umrah , berpeluang atau mengambil peluang untuk menunaikan Solat sunat 2 rakaat di Masjid ini .
Ini adalah kerana , Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "
Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "
Masjid Quba' , masjid yang di bina atas dasar taqwa dan iman , adalah Masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam . Dalam surah Al Taubah , ayat 108 ,Allah SWT berfirman yang maksud nya , " sesungguhnya masjid yang di dirikankan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalam nya " .
Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini diturunkan khas di tujuk kepada Masjid Nabawi namun ada juga pendapat mengatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba' . Walau bagaimana pun kedua dua pendapat ini tidak bercanggah kerana kedua dua buah masjid ini dibina atas dasar Taqwa .
SEJARAH
Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba' iaitu kira kira 3 Km dari arah selatan bandar Madinah . Quba' di ambil daripada nama sebuah telaga . Masjid ini berbentuk empat persegi dan terkini telah di perluaskan kawasan nya menjadi hampir 5 035 meter persegi .


Sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Bukhari daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba' pada hari Sabtu , Kadang kadang pada hari Isnin dan Khamis dengan menaiki unta atau berjalan kaki .
Masjid Quba' dibangunkan pada hari Isnin 8 Rabiulawal , setiba nya Rasullullah SAW  di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah dari Makkah . Baginda bermalam selama empat hari bersama Bani 'Amru Bin Auf di rumah Kalthum Bin Al-Hadm .
Dalam riwayat yang diceritakan oleh Al-Syimus Binti Al-Nu'man rha , bahawa " Aku melihat Rasullullah SAW memikul batu bata diatas belakang nya sehingga bongkok badan nya . Debu dan pasir memenuhi tubuh dan baju nya . Apabila sahabat sahabat minta untuk mengambil bebanan itu daripada baginda , beliau enggan sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain .
Sesudah itu baginda mengimami solat secara berjemaah bersama para sahabat dan pada waktu berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa .

Sakit kepala orang muda


Oleh Murshid Eunos