26 June 2014
Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan
25 June 2014
Hati Terluka Siapa Yang Tahu ???
Bukan Boleng, Berkemban Je Pon !!!
Tambah pula sewaktu isu itu ditimbulkan, Lia yang memegang watak pembantu dayang Puteri Galoh Chandera masih menjalani penggambaran.
Isu itu menjadi lebih hangat apabila Erma memberi kenyataan di laman sosial, jika watak puteri dari Majapahit dan orang-orangnya ‘berkemban itu akan membawanya ke neraka, dia reda’.
Dalam artikel disiarkan Harian Metro baru-baru ini, Erma menjelaskan, kata-kata itu dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya selepas ada pihak mempertikaikan watak wanita berkemban tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu.
Perkara itu dibuat kerana cerita dihasil berdasarkan sejarah dan peristiwa sebenar berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah sekitar 1456. Dia tidak pernah mempertikaikan hukum agama.
Bagi Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, dia sekadar melaksanakan tugasnya sebagai pelakon untuk watak dan cerita berdasarkan sejarah. Katanya, penampilan berkemban beberapa pelakon Takhta 3 Ratu tidak seharusnya dijadikan isu besar.
“Takhta 3 Ratu yang bakal disiarkan di Astro Box Office berkisar kepada sejarah Melayu Melaka. Sebelum menjalani penggambaran, Erma membuat penyelidikan terlebih dulu.
“Bayangkan jika watak Puteri Galoh Chandera dan dayang-dayang dipaparkan berbaju kurung, tentu ia salah dari sudut penampilan, terutama pada zaman pemerintahan Majapahit.
“Sebagai pelakon yang menjayakan watak itu, saya tidak pernah menyalahkan Erma selaku pengarah apabila perkara itu menjadi isu dan diperbesar-besarkan.
“Hendak diikutkan, sejak zaman P Ramlee lagi watak sama turut memaparkan pelakonnya berkemban, tapi tidak menjadi isu,” katanya.
Kata Lia, sebagai pelakon, dia dan Ellie Suriaty hanya bekerja dan pakaian digayakan menunjukkan identiti Majapahit pada zaman itu. Lia turut kesal apabila membaca komen dan kritikan umum di laman sosial mengenai isu itu.
Ia disifatkan melampau dan keterlaluan kerana kebanyakan daripada mereka menjatuhkan hukum tanpa mengetahui atau mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dilakukan pengarah itu.
“Kami bukan tidak berbaju langsung tapi hanya disebabkan berkemban, kami dijatuhkan hukum. Saya benar-benar berharap perkara ini tidak lagi dijadikan isu.
“Saya kasihan dengan Erma kerana sebagai pengkarya, dia cuba memberi yang terbaik supaya drama dihasilkan itu benar-benar hidup berdasarkan latar sejarah. Sepatutnya kita harus memberi galakan atas usaha dilakukan.
“Mungkin mereka yang mengkritik itu tidak melihat secara keseluruhan tapi saya percaya apabila Takhta 3 Ratu disiarkan nanti, mereka akan faham.
“Seperti Erra Fazira, mengapa wataknya dan pakaiannya dengan berseluar dan siap dengan aksesorinya. Sebab begitulah gambaran Tun Teja Lelawangsa berdasarkan gambaran diberi dalam buku sejarah,” katanya.
Tegas Lia, jika apa dikatakan ini mahu dikaitkan dengan Islam, dia tidak mahu mengulas kerana perkara seperti itu tidak seharusnya dibahaskan. Bimbang ia disalah tafsir dan mendatangkan implikasi buruk.
Pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan realiti Pilih Kasih musim kedua dan Gadis M2 itu menjelaskan, dia menerima tawaran melakonkan watak dayang Puteri Galoh Chendera kerana sukakan karakter itu.
Apatah lagi ia turut membariskan pelakon berpengalaman dan diarahkan Erma, pengarah yang disifatkan bagus dan kreatif.
“Sebagai pelakon baru, saya mahu menimba ilmu. Berkemban hanya pemakaian. Apabila ada yang mengkritik tetapi betul caranya, saya akan terima.
“Apabila ada pihak menjadikan perkara ini sebagai isu, saya tidak risau, apatah lagi takut, kerana dapat rasakan pemakaian Puteri Majapahit dan orang-orangnya akan dijadikan isu dan saya bersedia. Saya tidak mahu ambil pusing dengan kritikan berbau negatif yang dilempar,” katanya.
Pelakon Aku Isterinya yang kini disiarkan TV3 menerusi slot Akasia dan Perempuan Dalam Pasungan (Astro) tidak mengharapkan kontroversi berkemban akan menaikkan namanya.
Katanya, walaupun sedar sebagai pelakon baru memang perlu untuk dikenali, dia tidak mahu popular menerusi isu tidak bagus atau kontroversi. Dia mahu bakatnya lebih dinilai dan dilihat orang.
“Pada saya, apa yang berlaku adalah pengalaman untuk saya belajar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Perjalanan saya dalam kerjaya seni masih jauh, lagipun saya baru empat tahun aktif sebagai pelakon.
“Biar saya lambat dikenali tapi akhirnya dikenali menerusi bakat dimiliki. Kalau popular disebabkan kontroversi, takut nanti kerjaya seni saya entah ke mana,” katanya.
Sumber
23 June 2014
Dimana letaknya Kasihmu
Wahai ibu, dimana belas kasih mu terhadap anak kandung mu sendiri. Yang kandungkan selama sembilan bulan, yang kau belai diketika kecilnya. Lupakah kau tanggungjawab mu terhadap anak itu. Lupakah kau bahawa anak itu yang akan membimbing mu ke syurga nanti..
Dimana perginya kasih mu wahai anak. Lupakah kau, syurga mu dibawah telapak kaki ibu..
Ke mana hilangnya kasih mu wahai ibu, bukankah kasih mu membawa ke syurga..
18 June 2014
Belajar Untuk Ikhlas
Lebih kurang dua bulan lepas seminggu selepas balik dari umrah aku dapat satu berita yang membuatkan aku keterasaan sedikit. Mula-mula tu buat tak tau juga, mungkin ade hikmahnya di sebalik apa yang berlaku. Tapi biaselah kan kite ni manusia biase kadang-kadang perkara tu mengganggu fikiran aku. Dalam hati berdoa pada Ilahi moga diperkuatkan hati aku, tabahkan diri ini dan cuba untuk redha dengan ketentuannya. Belajar untuk mengikhlaskan hati ini dengan sesuatu yang bukan rezeki untuk aku. Tapi redha dan ikhlas itu susahkan. Walaupon dalam hati kate redha je la, ikhlas jela namun kadang-kadang tersentuh juga jiwa aku. Belajar untuk ikhlaskan hati bukan sesenang berkata-kata. Namun aku harus kuat dengan ketentuan Ilahi, biarlah apa yang aku lakukan selama ini ikhlas kerana Allah. Dan aku masih lagi belajar untuk mengikhlaskan hati ini... Belajarlah untuk ikhlas, dan buat sesuatu kerana Allah. InsyaAllah, suatu hari nanti akan hadir kebahagiaan dalam hati kita.. InsyaAllah..
Sungguh Aku Rindu
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".
Terasa syahdunya ketika berada disini. Hati jadi tenang, fikiran lapang dan kite rase bahagia sangat semasa dekat sana. Terutama sekali bila dapat tengok Kaabah depan mata, sungguh-sungguh membuatkan aku menitiskan air mata masa tu. Tak sangka dalam usia muda ni aku dapat pergi sana, dapat bawa mak n abah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Dengan limpahan rezeki-Mu, dengan jemputan dari-Mu aku dapat kesana. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah, Semoga Kau menjemput aku kembali kesini lagi untuk aku beribadat kepada-Mu, untuk aku merasa nikmatnya kasih-Mu padaku..

Khadijah binti Khuwailid
Khadijah dipersunting Rasulullah saw menjadi isterinya ketika baginda berusia 25 tahun dan khadijah menginjak 40 tahun. Khadijah adalah perempuan pertama yang menjadi isteri Rasulullah saw. Semasa hidup Khadijah, Rasulullah saw tidak pernah menikahi perempuan lain. Jadi seluruh perempuan yang dinikahinya terjadi setelah Khadijah wafat.
Sebuah riwayat menyebutkan bahawa Jibril as pernah datang menemui Rasulullah saw di Gua Hira. Jibril berkata: " Wahai Rasulullah, ini Khadijah datang kepada engkau dengan membawa bekas berisi lauk pauk atau makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikanlah salam kepadanya dari Tuhannya Yang Maha Mulia lagi Maha Agung dan juga dariku. Khabarkanlah berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di syurga yang terbuat dari mutiara di dalamnya tidak ada kekecohan dan kesusahan".
Adapun keturunan Rasulullah saw dari Khadijah, terdiri dari putera dan puteri. Adapun putera-puteranya tidak ada yang bertahan hidup. Sementara puteri-puterinya; Zainab, Riqayyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Si puteri sulung, Zainab, dinikahi oleh anak bapa saudaranya, Abu Al-Ash bin Rabi'. Sementara Ruqayyah dan Ummu Kaltsum dipersunting sebagai isteri oleh Uthman bin Affan di dua waktu yang berbeza. Adapun Fatimah dinikahi oleh Ali bin Abu Thalib di sebuah tempat antara Badar dan Uhud.
Khadijah adalah perempuan pertama yang memeluk Islam. Segala pengorbanan dipersembahkannya kepada suaminya, Rasulullah saw demi menyebarkan dakwah Islam. Bahkan hartanya diinfakkanya saat kaum Muslimin di boikot oleh kafir Quraisy. Khadijah adalah orang yang dikatakan Rasulullah saw kepadanya: "Selimutilah diriku, selimutilah diriku". Dan Khadijah adalah orang yang berkata kepada Rasulullah saw: "Demi Zat yang jiwaku berada digenggaman-Nya bergembiralah dan tegarlah wahai anak bapa saudaraku. Sesungguhnya aku mengharap dirimu sebagai Nabi umat ini.
