08 July 2014

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sahur.. Wajibkah Kita Bersahur?


Sahur dan puasa adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu". (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid)

Hukum bersahur adalah sunnah. Ia merupakan sunnah yang amat-amat digalakkan. Sesiapa yang bersahur, akan beroleh ganjaran pahala. Namun tidaklah berdosa jika tidak bersahur.

Terdapat pelbagai kelebihan bagi mereka yang bersahur untuk berpuasa.
  • Membezakan puasa Muslim dan puasa Yahudi
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur" (Riwayat Muslim)
  • Keberkatan Sahur
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Didik Jiwa Beribadah 1/3 Malam
Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam akhir. Lalu berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fakta Sains.. Sahur pengganti Sarapan.
Sarapan sangat-sangat penting kepada tubuh badan manusia. Tetapi pada bulan Ramadhan, atau berpuasa, sahur merupakan pengganti kepada sarapan.
Tugasnya untuk mengekalkan tahap tenaga yang kita gunakan pada siang hari.
Meninggalkan sahur akan menyebabkan diri kita
 - Lemah
 - Sakit Kepala
 - Cepat Lapar
 - Mudah mengamuk

Oleh itu, jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan kita dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang kita perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.
Selain beroleh keberkatan daripada Allah SWT dan pahala mengikuti sunnah, kita juga akan memperoleh tahap tenaga yang tinggi untuk melakukan aktiviti seharian. InsyaAllah..

07 July 2014

Makna Setiap Bacaan Dalam Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.. Disini ada sedikit perkongsian saya mengenai Makna bacaan di dalam solat yang selalu kita dirikan.

Makna Takbiratul Ihram
Makna Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram
- Allahu akbar 
- Allah Maha Besar

Doa Iftitah
- Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
- Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Surah Al-Fatihah
- Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil a'lamin Arrahmanir rahiim Maaliki yawmiddin Iyyaka na'budu wa iyyaka nastai'n ihdinas shirathal mustaqim Shirathal ladziina an'amta alaihim ghairil maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
- Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan Ketika Rukuk
- Subhaana rabbiyal a'ziimi wa bihamdih
- Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Pujian bagi-Nya

I'tidal
- Samia'llahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdu 
- Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi Engkaulah Segala  Pujian

Sujud
- Subhaana rabbiyal a'ala wa bi hamdih
- Maha suci Tuhan ku yang Maha Tinggi dan dengan segala pujian bagi-Nya

Duduk Antara Dua Sujud
- Rabbighfirli, warhamni, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
- Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Tahiyatul Awal & Akhir
- Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. 

Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil 'a-lamina innaka hamidummajid
-  Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia

Semoga kita lebih kusyuk ketika solat dengan memahami maksud / makna yang kita baca dalam solat.. InsyaAllah.. Semoga bermanfaat..


03 July 2014

ZIKIR - YA ALLAH - HASBI RABBI JAL ALLAH

01 July 2014

DOA NABI YUNUS a.s


Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…


: : Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hatiku dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit

أقوى ٨ أطعمه لتقوية المناعه وتحطيم الأمراض:

8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
الرمان delima
الروب yogurt
الثوم bawang putih
البصلbawang besar
الشاي الأخضرteh hijau
الشوفان oat
القرع labu
البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) نوم الصبح .tidur waktu pagi
2) قلة الصلاة .sedikit bersolat
3) الكسل .malas
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
كلما هممت بفعل معصية تذكر ثلاث آيات:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
1-"ألم يعلم بأن الله يرى"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
2-"ولمن خاف مقام ربه جنتان "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
3-"ومن يتق الله يجعل له مخرجآ“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
إذا أعجبتك هذه الكلمات
لا تبخل بها على اصحابك واحبابك .. !!
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg kau kasihi


 Copy paste dr wasap ustz zahazan