11 December 2014
Si Buta Istimewa
Adapun orang yang merasakan dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera. Sedang dia takut kepada Allah. Maka kamu mengabaikannya." (Surah 'Abasa 1-10)
Surah 'Abasa, kisah seorang buta yang istimewa, Abdullah bin Ummi Maktum, kerananya Rasullullah s.a.w ditegur Allah.
Rasullullah Tidak Berpaling...
Lelaki buta itu mengetahui tentang gerakan dakwah Rasullullah dan para sahabat baginda. Beliau tunduk dengan seruan menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan berhala. Kerana itu beliau datang ke rumah al-Arqam beliau tidak mengetahui Rasullullah sedang melayan para pembesar Makkah. Kerana itulah beliau memanggil baginda. Namun Rasullullah tidak menyahut.
Beliau menyeru lagi:"Wahai Rasullullah, ajari aku apa yang Allah ajar kepadamu."
Sekali lagi Rasullullah tidak berpaling.
Baginda sedang menjelaskan tentang Islam kepada para pemuka Quraisy. Sekali lagi beliau memanggil, "Wahai Rasullullah, bacakanlah kepadaku al-Quran.
Ibn Ummi Maktum menyangka Rasullullah tidak mendengar panggilannya. Kerana itu beliau tidak berganjak.
Rasullullah pula pada saat itu berpandangan keislaman para pembesar lebih bermanfaat kepada Islam. Lalu baginda mengabaikan dahulu panggilan Abdullah Ibn Ummi Maktum. Baginda terus berusaha meyakinkan para pembesar Quraisy.
Didikan Allah...
Akhirnya para pembesar Makkah meninggalkan majlis Rasullullah. Tidak seorang pun yang mengimani seruan baginda. Ketika mereka pergi, Rasullullah teringat orang yang mengganggu Baginda semasa sedang berbicara dengan para pembesar Quraisy. Lalu turunlah ayat Abasa.
Rasullullah yakin ayat itu teguran Allah kerana mengabaikan Ibn Maktum. Lalu Rasullullah mengutus seseorang untuk mencari dan memintanya menemui Baginda. Ketika Ibn Maktum datang, Rasullullah menyambut dengan sukacita dan bersabda: "Selamat datang wahai orang yang kerananya aku ditegur Allah."
Abdullah Ibn Ummi Maktum...
Beliau buta sejak lahir, sepupu kepada Khadijah binti Khuwailid ini antara angkatan sahabat terawal memeluk islam di Makkah. Kemudian beliau ditugaskan ke Madinah sebagai pengajar bersama Mus'ab bin Umair. Hal ini sebelum baginda berhijrah ke sana. Semasa nabi sudah menetap di Madinah, beliau ialah muazin tetap Masjid Nabawi bergandingan dengan Bilal bin Rabah.
petikan dari Majalah Solusi..
28 November 2014
24 November 2014
12 November 2014
Kelebihan Menjadi Wanita
~ Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
~ Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.
~ Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.
~ Barangsiapa yang membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahului anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
~ Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya. (10 000 tahun)
~ Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dikehendaki.
~ Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada seribu lelaki yang soleh.
~ Aisyah berkata, Aku bertanya kepada Rasullullah s.a.w "Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab Rasullullah saw, "suaminya", "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasullullah s.a.w "Ibunya".
~ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
~ Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
~ Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab..
~ Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
~ Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya Syurga.
~ Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.
Banyak lebihnya menjadi WANITA.. Semoga kita semua berasa beruntung menjadi Wanita...
10 November 2014
Kasihnya Ibu Hingga Hujung Nyawa...
Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan..
<C&P>