Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang
digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan
melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu
itu?”
Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat
lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan.
Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan,
sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah
perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu
dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya:
“Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga
kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa
masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah
besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang
raja yang berjiwa besar.