26 June 2014

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan


Harapan Ramadhan – Raihan ft Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan, Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui, Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah, Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu, Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula, Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui
Dengan sempurna, Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya, Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri, Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan, Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui, Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan, Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui
Dengan sempurna, Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua

Lagi dua hari lagi je kan nak masuk bulan ramadhan. Bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan berkahnya, bulan untuk kita menggandakan pahala amalan kita. Sebab setiap perkara fardhu yang kita buat pada bulan ramadhan akan digandakan dengan 70 kali gandaan dan jika kita buat perkara yang sunat pula ganjaran dia sama dengan ganjaran perkara yang fardhu.. Seronokkan.. Banyak tu ganjaran dia bulan ramadhan ni. Sekarang ni lah masa yang sangat sesuai untuk kita berbuat kebaikan, perbanyakkan amalan-amalan kita dibulan yang penuh dengan rahmat ni. 

"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan”. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Terdapat puluhan hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.

Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) 

 Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” 
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)



25 June 2014

Hati Terluka Siapa Yang Tahu ???


Kerana luka di hati hanya Dia yang tahu…
maka pada siapa lagi harus aku mengadu?
tatkala hati bagai ditusuk sembilu…
kerana kata orang ini..kerana perbuatan orang itu…

Kerana pedih yang ku rasa hanya Dia yang mengerti…
maka pada siapa lagi harus aku mengadu??
tatkala amarah membakar diri…
dikata orang sana..dikeji orang sini..
  
Kerana lelah yang ku tanggung hanya Dia mampu menolong..
lalu pada siapa lagi harus aku meraung…
yang di sana menyinggung yang di sini tersinggung…
mahu saja aku hidup berkurung…
atau bermimpi ingin terbang bebas seperti burung..

Orang hanya nampak 
aku tersenyum gembira.
Melambai dan ketawa.
Di sudut hati yang terlalu dalam,
Tersimpan satu kisah duka
 yang amat menyakitkan jiwa.
Siapa yg tahu ??

Kisah duka yg akan aku
simpan sampai bila2x.
Luka di tangan,
Nampak di mata.
Luka dihati,
tiada siapa yang tahu...

Kuatlah hati, tabahlah dikau 
mengharungi dugaan dari sang penciptamu
Semoga dikau terus berada di dalam lindungan-Nya
InsyaAllah...

Bukan Boleng, Berkemban Je Pon !!!

Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa, pelakon baru Lia Natalia, 22, takut untuk memberi komen apabila wataknya berkemban dalam drama Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima mendapat kecaman orang ramai.

Tambah pula sewaktu isu itu ditimbulkan, Lia yang memegang watak pembantu dayang Puteri Galoh Chandera masih menjalani penggambaran.

Isu itu menjadi lebih hangat apabila Erma memberi kenyataan di laman sosial, jika watak puteri dari Majapahit dan orang-orangnya ‘berkemban itu akan membawanya ke neraka, dia reda’.

Dalam artikel disiarkan Harian Metro baru-baru ini, Erma menjelaskan, kata-kata itu dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya selepas ada pihak mempertikaikan watak wanita berkemban tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu.

Perkara itu dibuat kerana cerita dihasil berdasarkan sejarah dan peristiwa sebenar berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah sekitar 1456. Dia tidak pernah mempertikaikan hukum agama.

Bagi Lia atau nama sebenar­nya Alia Afiqah Abden, dia sekadar melaksanakan tugasnya sebagai pelakon untuk watak dan cerita berdasarkan sejarah. Katanya, penampilan berkemban beberapa pelakon Takhta 3 Ratu tidak seharusnya dijadikan isu besar.

“Takhta 3 Ratu yang bakal disiarkan di Astro Box Office berkisar kepada sejarah Melayu Melaka. Sebelum menjalani penggambaran, Erma membuat penyelidikan terlebih dulu.

“Bayangkan jika watak Puteri Galoh Chandera dan dayang-dayang dipaparkan berbaju kurung, tentu ia salah dari sudut penampilan, terutama pada zaman pemerintahan Majapahit.

“Sebagai pelakon yang menjayakan watak itu, saya tidak pernah menyalahkan Erma selaku pengarah apabila perkara itu menjadi isu dan diperbesar-besarkan.

“Hendak diikutkan, sejak ­zaman P Ramlee lagi watak sama turut memaparkan pelakonnya berkemban, tapi tidak menjadi isu,” katanya.

Kata Lia, sebagai pelakon, dia dan Ellie Suriaty hanya bekerja dan pakaian digayakan menunjukkan identiti Majapahit pada zaman itu. Lia turut kesal apabila membaca komen dan kritikan umum di laman sosial mengenai isu itu.

Ia disifatkan melampau dan keterlaluan kerana kebanyakan daripada mereka menjatuhkan hukum tanpa mengetahui atau mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dilakukan pengarah itu.

“Kami bukan tidak berbaju langsung tapi hanya disebabkan berkemban, kami dijatuhkan hukum. Saya benar-benar berharap perkara ini tidak lagi dijadikan isu.

“Saya kasihan dengan Erma kerana sebagai pengkarya, dia cuba memberi yang terbaik supaya drama dihasilkan itu benar-benar hidup berdasarkan latar sejarah. Sepatutnya kita harus memberi galakan atas usaha dilakukan.

“Mungkin mereka yang meng­kritik itu tidak melihat secara keseluruhan tapi saya percaya apabila Takhta 3 Ratu disiarkan nanti, mereka akan faham.

“Seperti Erra Fazira, mengapa wataknya dan pakaiannya ­dengan berseluar dan siap ­dengan aksesorinya. Sebab begitulah gambaran Tun Teja Lelawangsa berdasarkan gambaran diberi dalam buku sejarah,” katanya.

Tegas Lia, jika apa dikatakan ini mahu dikaitkan dengan Islam, dia tidak mahu mengulas kerana perkara seperti itu tidak seharusnya dibahaskan. Bimbang ia disalah tafsir dan mendatangkan implikasi buruk.

Pelakon yang bakatnya dicung­kil menerusi rancangan realiti Pilih Kasih musim kedua dan Gadis M2 itu menjelaskan, dia menerima tawaran melakonkan watak dayang Puteri Galoh Chendera kerana sukakan karakter itu.

Apatah lagi ia turut membariskan pelakon berpengalaman dan diarahkan Erma, pengarah yang disifatkan bagus dan kreatif.

“Sebagai pelakon baru, saya mahu menimba ilmu. Berkemban hanya pemakaian. Apabila ada yang mengkritik tetapi betul caranya, saya akan terima.

“Apabila ada pihak menjadikan perkara ini sebagai isu, saya tidak risau, apatah lagi takut, kerana dapat rasakan pemakaian Puteri Majapahit dan orang-orangnya akan dijadikan isu dan saya bersedia. Saya tidak mahu ambil pusing dengan kritikan berbau negatif yang dilempar,” katanya.

Pelakon Aku Isterinya yang kini disiarkan TV3 menerusi slot Akasia dan Perempuan Dalam Pasungan (Astro) tidak mengharapkan kontroversi berkemban akan menaikkan namanya.

Katanya, walaupun sedar sebagai pelakon baru memang perlu untuk dikenali, dia tidak mahu popular menerusi isu tidak bagus atau kontroversi. Dia mahu bakatnya lebih dinilai dan dilihat orang.

“Pada saya, apa yang berlaku adalah pengalaman untuk saya belajar menjadi lebih baik pada masa akan datang. Perjalanan saya dalam kerjaya seni masih jauh, lagipun saya baru empat tahun aktif sebagai pelakon.

“Biar saya lambat dikenali tapi akhirnya dikenali menerusi bakat dimiliki. Kalau popular disebabkan kontroversi, takut nanti kerjaya seni saya entah ke mana,” katanya.

Sumber

23 June 2014

Dimana letaknya Kasihmu

Terkejut bila baca satu status kat fb mengenai seorang remaja OKU yang dijumpai dalam keadaan yang naif sekali. Dan baru lebih kurang seminggu aku ade terbaca di sebuah blog mengenai nenek tua yang dikurung oleh anak sendiri tanpa diberi makanan n minuman di china kalau x silap. Mase tu x terfikir langsung pon yang benda ni akan terjadi kat msia. Dimana kah sifat kasih mu wahai anak, sanggup mengurung ibu sendiri dengan niat membunuh ibu itu dek kerana kemiskinan. Lupakah kau yang ibu itu yang mengandungkan mu selama sembilan bulan sepuluh hari, membawa mu kemana-mana dengan perut yang memberat, yang sentiase melebihkan mu walaupon dirinya sendiri terabai. Yang sanggup menahan laparnya semata-mata bagi memenuhi keperluan mu. Aduh anak inikah balasan mu terhadap ibu mu yang telah tua. Yang kau anggap menyusahkan diri mu.
Wahai ibu, dimana belas kasih mu terhadap anak kandung mu sendiri. Yang kandungkan selama sembilan bulan, yang kau belai diketika kecilnya. Lupakah kau tanggungjawab mu terhadap anak itu. Lupakah kau bahawa anak itu yang akan membimbing mu ke syurga nanti..
Dimana perginya kasih mu wahai anak. Lupakah kau, syurga mu dibawah telapak kaki ibu..

Ke mana hilangnya kasih mu wahai ibu, bukankah kasih mu membawa ke syurga..

18 June 2014

Belajar Untuk Ikhlas

“Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Nabi Shallallahu ‘alihi wa sallam telah bersabda,”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian”.


Lebih kurang dua bulan lepas seminggu selepas balik dari umrah aku dapat satu berita yang membuatkan aku keterasaan sedikit. Mula-mula tu buat tak tau juga, mungkin ade hikmahnya di sebalik apa yang berlaku. Tapi biaselah kan kite ni manusia biase kadang-kadang perkara tu mengganggu fikiran aku. Dalam hati berdoa pada Ilahi moga diperkuatkan hati aku, tabahkan diri ini dan cuba untuk redha dengan ketentuannya. Belajar untuk mengikhlaskan hati ini dengan sesuatu yang bukan rezeki untuk aku. Tapi redha dan ikhlas itu susahkan. Walaupon dalam hati kate redha je la, ikhlas jela namun kadang-kadang tersentuh juga jiwa aku. Belajar untuk ikhlaskan hati bukan sesenang berkata-kata. Namun aku harus kuat dengan ketentuan Ilahi, biarlah apa yang aku lakukan selama ini ikhlas kerana Allah. Dan aku masih lagi belajar untuk mengikhlaskan hati ini... Belajarlah untuk ikhlas, dan buat sesuatu kerana Allah. InsyaAllah, suatu hari nanti akan hadir kebahagiaan dalam hati kita.. InsyaAllah..