23 September 2014

Mak, Saya Belikan Mak Seekor Kambing Qurban....

Kisah benar kisah qurban Aidiladha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati-hati yg tidak berapa lembut ni.

Menarik kisahnya seorang anak dan ibunya yg telah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang qurban.

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya...

Suatu hari seorang ibu diawal usia 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya.

"silakan bu..." lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya, "ye, kalau yang itu berapa pak?".

"yang itu 700 ribu (rm190) bu" jwb saya ringkas. "berapa harga terendah?" tanya ibu itu kembali.

"600 ribu (rm160) hrga itu untung saya kecil tp tak apalah.....,
"tp wang sy cuma ada 500 ribu (rm130) , boleh pak?", pintanya. Waah..., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan sayapun setuju walaupun tidak untung..
Nah.. tak apalah, ambillah. lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Sayapun menghantar kambing qurban tersebut sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut..
"Astaghfirullah....., Allahuakbar.....,
terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan seluruh keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa-rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan dengan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampakpun ada tilam, ada kerusi diruang tamu, apatah lagi perabot mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

"Mak.... bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa dirumah ini.?, kata ibu itu kepada seorg nenek yg sedang tidur dan akhirnya terbangun.

"Mak saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat qurban, nanti kita hantarkannya ke masjid ya mak...", kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri disebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan syukur "Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berqurban".

"Ini pak. wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya".. Kata ibu tadi.

Kaki saya bergetar, hati saya sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa " Ya Allah..., ampuni dosa hamba-Mu ini, aku malu berhadapan dengan hambamu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin hartanya namun kaya imannya. Ibu ini begitu luar biasa".

"Pak, pak ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini  ke rumah" panggil ibu itu, saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilainya lalu dengan rasa sayu saya berkata..

Sudah ibu, biarkan tambang kenderaannya saya yang bayar" dgn wajah yg malu dan sayu.

Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah basah air kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambanya yg sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya. ..

MasyaAllah.. Allahuakbar..!

Pengajaran dari kisah ini....

wahai diriku dan juga sahabatku

untuk menjadi mulia ternyata ...
tidak perlukan harta melimpah dan berjuta-juta, tidak juga perlu mempunyai gelaran kenamaan, dato', datin, tan sri, puan sri, Diraja ataupun Tun,
tidak perlu punya kedudukan yg tinggi sebagai sultan, menteri, ketua pengarah ataupun Mufti,
tidak juga perlu punya kuasa super power dan pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...
Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari siibu tadi.. Demi untuk mencapai kemuliaan hidup..

Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berqurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah,..
Kalaupun bukan harta dan wang ringgit, sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah.

Ramai dari kita termasuk saya.. masih tersangat-sangat sayang akan harta dunia yang sudah dikumpul setinggi gunung, masih kuatir simpanan akan berkurangan dan habis diberikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli handfon yang mahal, jam tangan dan bag yang berjenama, ataupun pelbagai eksesori yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.

Kenapa kita rasa macam tidak mampu, atau masih lagi suka menangguh-nangguhkan melakukan perkara-perkara dan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh?..
Hakikat sebenarnya kita mampu...!
kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..
kita mampu melanggan astro, kita mampu melancong ke dalam dan luar negara, kita mampu makan makanan yg mahal-mahal..
kita mampu membeli atau membayar ansuran motosikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dan ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu qurban. ..
Namun sering kita sembunyikan disebalik kata-kata "TIDAK MAMPU" ini . terimalah hakikat dan kenyataan ini.

Muasabah diri ini...

Tanya pada diri kita yg mampu ini, sudahkah kita mengerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurnianya sementara kita masih lagi diberi nafas untuk hidup..!

Fikir-fikirkanlah

Terasa sangat keinsafan, seringkali kita mengeluh dan merungut tidak punya wang yang cukup. Astaghfirullah.. ambillah ini sebagai ikhtibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muasabah untuk diriku jua. ..terima kasih sahabat ku kerana tidak jemu membaca dan menerima leteranku.

Copypaste dari FB

19 September 2014

Salam Baitullah...



Malam tadi tengok tv1 salam baitullah.. Terasa rindunya dengan suasana disana.. Bilalah agaknya dapat kesana lagi. Semoga dijemput kembali kesana bersama mak, abah n adik beradik, ipar2 dan anak buah semua.. Teringin sangat-sangat rasanya untuk berada disana bersama seluruh ahli keluarga. Bersama-sama beribadah kepada Allah SWT, bersama-sama menziarah maqam Nabi SAW.. Semoga diperkenankan. Dan semoga Allah menjemput mak n abah untuk menunaikan ibadah haji.. Tahu sangat2 yang dieorang nak sangat pergi haji untuk menunaikan rukun islam yang kelima tu.. Semoga segalanya dipermudahkan.. N semoga diri ini diberikan rezeki yang lebih agar dapat membawa mak n abah pergi menunaikan haji.. Teringat kata-kata abah satu hari tu.. Kata abah, "kalau diizinkan Allah, abah nak g haji n nak buat umrah lagi sekali" terasa syahdunya bila dengar abah cakap macam tu. Mengalir air mata ini. Kalau lah aku mampu memberikan apa yang mak n abah nak, rasa puas hati ini.

Hanya pada-Mu ya Allah tempat ku memohon, meminta dan tempat ku mengadu segalanya.. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat ku bergantung harap. Hanya Kau yang Maha mengetahui hati ini..



12 September 2014

Hibah dari harta yang terbaik

Anas r.a menceritakan perihal seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Talhah, yang dikatakan memiliki jumlah harta yang agak banyak berbanding sahabat-sahabat yang lain. Abu Talhah memiliki ladang-ladang kurma yang agak luas, sehingga dikenali oleh masyarakat Madinah ketika itu sebagai pengusaha yang mengeluarkan hasil kurma terbesar.

Antara ladang-ladang kurma yang dimilikinya, ada sebidang ladang yang cukup disayangi oleh Abu Talhah bernama "Baraha".

Ladang Baraha ini mengeluarkan hasil kurma yang cukup banyak daripada jenis kurma yang terbaik. Ditambah pula dengan kewujudan mata air yang mengalir di celah-celah pepohon kurma tersebut, telah menambahkan lagi keindahan dan keistimewaan ladang kurma Baraha.

Rasulullah SAW juga sering berjalan-jalan di ladang kurma Baraha bersama Abu Talhah, menikmati buah-buah kurma yang ranum serta menghirup air yang dingin dari mata air yang sentiasa mengalir. Suasana di situ yang sungguh nyaman menyebabkan Abu Talhah sangat sayang dengan sebidang ladang kurma yang bernama Baraha itu.

Suatu hari, wahyu Allah SWT telah diturunkan kepada baginda Nabi SAW:

"Kamu sekali-kali tidak akan sampai kebaktian (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali Imran: 92)

Dan apabila firman Allah itu dibacakan oleh Nabi SAW yang ketika itu Abu Talhah pun turut mendengarnya, lalu terkenanglah Abu Talhah akan kebun kurma Baraha yang sangat disayanginya. Oleh sebab keimanan Abu Talhah terhadap ayat-ayat Allah yang amat mendalam, maka beliau tanpa berlengah terus menemui Nabi SAW untuk memaklumkan hajat serta keputusannya bagi menyerahkan ladang kurma Baraha miliknya itu kepada Nabi SAW.

Ujar Abu Talhah, "Selepas aku mendengar firman Allah yang menyatakan tidak sampai kebaktian, sehingga seseorang itu menafkahkan hartanya yang dicintainya, maka dengan ini aku mendermakan seluruh ladang kurma Baraha itu kerana Allah, kerana kebun itulah harta yang paling aku sayangi. Aku berharap dengan (derma) ini, aku akan dapat mendekati kebaktian kepada Allah dan semoga Allah akan mengurniakan ganjaran pahala yang baik buatku. Sekarang aku serahkan kepadamu, wahai Rasulullah ladang bernama Baraha itu, terserahlah kepadamu segala hasil-mahsulnya hendak digunakan untuk apa-apa jua ataupun hendak diberikan kepada sesiapa jua", jelas Abu Talhah.

Rasulullah SAW yang sangat mengenali ladang Baraha itu, kerana kedudukannya berhadapan dengan Masjid Nabawi, dengan kesuburan pepohon kurma yang menghijau, menjadikan ia seperti sebuah taman.

Rasulullah SAW mengkagumi tindakan Abu Talhah dan menyampaikan khabar gembira buatnya, "Alangkah tingginya kebaktian, itulah sebenar-benar harta yang dapat menolongmu. Walau bagaimanapun engkau telahpun mendengar ucapanku, bahawa seafdal-afdal sedekah itu ialah kepada waris-waris atau kerabat," ujar Rasulullah SAW lagi.

Namun, Abu Talhah tetap dengan keputusannya dan terserahkan kepada Rasulullah SAW memanfaatkan ladang kurma tersebut.

Terdapat dua pengajaran penting yang dapat kita renung dan ambil iktibar menerusi peristiwa di atas iaitu, pertama, apabila seseorang itu bersedekah, hendaklah daripada harta benda yang baik. Contohnya, jika ingin memberi jamuan/makan kepada jiran, maka bukanlah daripada baki lebihan makanan atau memberikan sesuatu yang dia sendiri tidak mahukan. Sebaliknya, apa jua yang baik dan elok yang kita gemari, itulah yang sepatutnya kita berikan di atas niat bersedekah kerana Allah.

Kedua, peristiwa tersebut memperlihatkan keimanan yang unggul kerana seseorang itu tidak mudah terpaut hati dan jiwanya dengan ujian kemewahan atau kesayangan kepada harta dunia. Ujian sayang dengan harta dunia bagi mereka, tidaklah dapat mengatasi keimanan dan rasa cinta terhadap ayat-ayat serta janji Allah yang akan mengurniakan sebaik-baik balasan pahala ke atas orang-orang yang bersedekah daripada hartanya yang sangat dicintai olehnya sendiri.

Sudirman - Warisan

Dedaun Resah

Dedaun resah berguguran jatuh
terlitup lembah rasa yang teduh
aman makmur bahagia tiada rusuh
tiba-tiba watikah janji
jadi lusuh
antara batil dan hak
sinarnya bertukar lajak
gudang gedung dagang
mabuk terminum perayaan
citra watan hilang pedoman
diri sudah tidak tahu beza
yang mana agama
yang mana budaya
yang mana itu sengaja
larut dalam fatamorgana.
Setiap tiba musim
hebat kita berpaling
mata ke arah asing.


A AZIZ DERAMAN
Disember 5, 2007

10 September 2014

Sigma - Kupu Kupu Cinta