22 August 2014

Aurat - Apa Batasnya,..

Aurat bagi wanita islam. Apakah batas aurat wanita dihadapan suami, aurat di hadapan lelaki ajnabi, aurat di hadapan mahram dan aurat di hadapan wanita lain. Kita selalu ambil mudah perkara ni, tapi hakikatnya ia suatu perkara yang penting bagi kita sebagai umat islam.


Kata sayangkan Islam, sayangkan Allah tapi kenapa masih lagi kita tak mengikut syariat Allah. Bukankah Aurat itu wajib ditutup. Kadang-kadang hati rasa sedih bila terjumpa mak-mak/nenek-nenek yang dah tua, masih lagi berpakaian yang menjolok mata. Apa lagi yang nak ditunjukkan oleh mereka. Bertambah sedih bila tengok ibubapa yang membiarkan anak-anak mereka berpakaian yang rasanya saya sendiri tak sanggup nak tengok.

 









 

21 August 2014

Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMuya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
Karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick Feat Melly Goesla

18 August 2014

Mana Milik Kita


Tidak ada MILIK kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
KepadaNya kita berserah…Amin Ya Rab ‘Alamiin

Puisi Terakhit Imam Shafie



Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam nerakaه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

14 August 2014

Pesan Pada DIRI

 
Pesan pada diri.. 
Jangan tersalah memberi hati..
pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. 
Kerana,
sekali kau memberi,
selamanya dia di hati.. 
Kerana,
sekali kau dilukai,
sampai bila2 tetap kau ingati..

Cinta itu milik Allah. 
 

Hati ini milik Allah.
Pemilik hati ini juga milik Allah.
Lalu, 
mengapa harus bersusah payah mencari 
jika segalanya atas aturan Allah.
Biarkan Allah mengaturnya

kita terima dengan berusaha,redha serta syukur. 

Sebab, 
mungkin esok atau lusa 
Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar 
dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. 
 

13 August 2014

Tabah Dan Terus Tabah, Semoga Di Berkati

 
Belajar dan terus belajar, tabah dan terus tabah, kuat dan terus kuat, berusaha dan terus berusaha.... Walau hati ini sebenarnya hanya Allah yang tahu.. Semoga diberkati dan sentiasa redha dengan segala ketentuan Ilahi untuk aku.. Aku merancang agar dapat menjadi yang terbaik, tapi perancangan Allah adalah 100 kali lebih baik untuk aku.. Ya Rahman, Ya Rahim yang maha pemurah dan maha penyayang, Kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengharungi liku-liku hidup ini.. Insyaallah, semoga hati ini kuat dan terus tabah.. Dan semoga aku sentiasa berada dalam keredhaan-Mu ya Allah...


08 August 2014

Istikharah Cinta – Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

06 August 2014

“ALLAH Sedang Menguji Aku…”

Jika tuan/puan tiba-tiba didatangi perasaan malas untuk melakukan ibadah;
Atau tiba-tiba bertembung dengan musibah;
Atau tiba-tiba ada aral yang melintangi usaha baik tuan/puan;
Atau mendapat suatu berita/pemberian yang menyenangkan;
Atau tatkala menggunakan suatu kemudahan;
Maka bisikkanlah dalam hati berkali-kali:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Dengan menyedarkan diri sendiri bahawa ia adalah suatu ujian, in shaa’ ALLAH, kita akan cenderung untuk memilih pilihan yang boleh membuatkan kita berjaya ujian tersebut.  Kita tidak akan mahu gagal.

Contoh 1:

Seorang pemuda didatangi perasaan malas untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu secara berjemaah.  Lalu dia membisikkan dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Akan terbentang di hadapannya beberapa pilihan.  Pilihan paling jelas ialah dua pilihan, iaitu:
  1. Dia ke masjid menunaikan solat secara berjemaah – berjaya ujian!
  2. Dia melayan perasaan malas untuk tidak menunaikan solat di masjid secara berjemaah – gagal ujian!
In shaa’ ALLAH, dia akan memilih pilihan yang memungkinkan dia berjaya, iaitu pergi ke masjid.

Contoh 2:

Seorang pemudi bertembung dengan musibah iaitu tugasan yang dilakukannya selama berminggu-minggu tiba-tiba hilang dari simpanan memori di dalam komputer.  Habis segala usahanya hilang begitu sahaja.  Lalu dia membisikkan dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Akan terbentang di hadapannya beberapa pilihan tindakan.  Pilihan yang paling jelas antaranya ialah:
  1. Dia bersabar dan redha dengan ketentuan ALLAH lalu melafazkan “Itu sudah ketentuan ALLAH.  Dan apa yang dikehendakiNYA DIA lakukan.”  –  berjaya ujian!
  2. Dia melenting, salahkan itu dan ini, sepahkan meja, ketuk komputer untuk lepaskan tekanan  –  gagal ujian!
In shaa’ ALLAH, dengan memupuk hatinya bahawa ia adalah ujian dari ALLAH, maka dia akan memilih perbuatan yang menguntungkannya iaitu bersabar dan redha.

Contoh 3:

Seorang bapa telah merancang sesuatu yang baik-baik untuk anak-anaknya untuk sambung belajar di sebuah institusi pengajian tinggi, namun terbentang di hadapannya akan aral yang membuatkan perancangannya tergendala, malah terpaksa dibatalkan.  Lalu dia membisikkan di dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Lebih kurang samalah dengan keadaan pada contoh 2 di atas.

Contoh 4:

Seorang lelaki dinaikkan pangkat ke suatu jawatan yang membolehkan beliau memperolehi gaji yang lebih lumayan dan tanggungjawab yang lebih besar serta prospek yang lebih luas.  Di dalam hatinya dia membisikkan:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Terbentanglah di dalam hatinya akan beberapa pilihan, antaranya:
  1. Bersyukur kepada ALLAH, lantas memanfaatkan jawatan tersebut untuk mengimarahkan hukum ALLAH dalam organisasinya di samping mengkayakan sifat amanah yang diajar oleh Islam ke dalam dirinya.  –   lulus ujian!
  2. Berbangga dengan pencapaian diri, tidak bersyukur dan mengambil peluang dari syarikat untuk manfaat sendiri.  –  gagal ujian!
Atas fitrahnya yang ingin berjaya ujian, tentunya dia akan dengan berhati-hati memilih pilihan 1 supaya di sisi ALLAH dia berjaya.

Contoh 5:

Seorang remaja memiliki akses internet di kediamannya di asrama universiti.  Selain menggunakannya untuk memperolehi maklumat pembelajaran, dia juga selalu membuka laman-laman seperti Facebook, Youtube dan malah mempunyai blog sendiri.  Ketika menggunakan kemudahan tersebut, dia selalu membisikkan di dalam hatinya:
“ALLAH sedang menguji aku…”
Di dalam hatinya, dia menerbitkan dua pilihan untuk dia pilih, iaitu:
  1. Bersyukur kepada ALLAH dengan menggunakan kemudahan tersebut untuk meningkatkan diri dalam pelajaran dan kehidupannya.  Di samping itu menggunakan Facebook untuk saling menasihati dan berkongsi ilmu/tips beragama dengan rakan-rakannya.  Youtube digunakan untuk menonton kuliah/perbincangan agama/ilmu kehidupan.  Blognya pula disarati dengan perkongsian bermanfaat untuk dunia dan akhirat.  –  lulus ujian!
  2. Berseronok dengan kemudahan tersebut, tidak memanfaatkannya, malah digunakan dalam urusan sia-sia dan dosa.  –  gagal ujian!
Dia ingin berjaya ujian.  Maka secara sedar dia memilih pilihan pertama.

Hidup ini semuanya adalah ujian.  Dengan menyedari hakikat bahawa kehidupan ini semuanya adalah ujian, maka in shaa’ ALLAH, insan akan berhati-hati melaluinya.
Dia tidak akan tergopoh-gapah memilih tindakannya.  Dia tidak akan membiarkan perasaan atau nafsu memandu tindakannya.  Atau orang lain mempengaruhi tindakannya.
Sebaliknya, hatinya akan penuh sedar bahawa ia suatu ujian buat dirinya.  Dia akan berbicara di dalam hatinya mengenai pilihan yang bakal diredhai oleh Penciptanya iaitu ALLAH.  Dia akan melakukan pertimbangan, tindakan manakah yang bisa meluluskannya dan yang mana bakal menggagalkannya?  Yang pada akhirnya membuatkan dia berkecenderungan untuk memilih pilihan yang dapat meluluskannya pada ujian tersebut, in shaa’ ALLAH.
La haula wa la quwwata illa biLLAH.
Ya, kehidupan ini adalah semuanya ujian belaka!
Sangat berbeza sifat orang yang sedar dirinya sedang diuji dengan orang yang tidak sedar!

Credit: Kerana Dia

Kerja Itu Kan Ibadah

Kerja itu kan satu ibadah. Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri yang kadang2 ni selalu terlupa. Setiap apa sahaja kerja yang kita lakukan untuk mencari rezeki itu kan satu ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).
Pabila sesuatu kerja yang kita lakukan itu dengan baik, sempurna dan teliti rezeki yang kita terima pun berkat lagi barakah. 
Tapi bila aku pandang sekeliling aku kat pejabat ni ibadah kah kerja itu, berkat kah rezeki kita itu andai kita dengan sewenang-wenangnya menggunakan harta benda pejabat untuk kegunaan sendiri, keluar makan pada waktu kerja, tak buat dengan sempurna setiap kerja yang diberikan, menggunakan talian internet untuk perkara yang tak berfaedah. Seperti kita menggunakan talifon pejabat untuk call suami, kawan2, mak ayah kat kampung untuk hal2 peribadi. Seperti kita Menggunakan barang2 lain pensel, pen, kertas untuk print kerja sekolah anak, untuk print resepi2 masakan. kita melayari internet untuk tengok gosip2 artis tu artis ni. Berbual kosong menceritakan perihal orang tu orang ni. Ibadah kah kerja kita tu dan berkat kah rezeki kita andai tercalar dengan perkara2 yang nampak macam kecil tapi besar impak dia pada rezeki kita. 
Teringat pada satu kisah tentang Khalifah Umar bin Abdul Aziz, seorang Khalifah yang amanah. "Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”



Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”



Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Pernahkah terfikir di hati kita, kita mencari rezeki yang halal, kita nak rezeki yang berkat kerana dengan rezeki itu kita nak bantu kedua ibubapa kita, dengan rezeki itu kita beli makanan untuk bagi anak2 kita makan, dengan rezeki itu kita buat macam2 untuk keluarga kita. 
Carilah rezeki yang halal dan berkat untuk mendapar keredhaan Ilahi. InsyaAllah..

Wahai Yang Sedang Berdukacita, Kalam ALLAH Ini Buatmu

Kalam ALLAH sebagai sumber kekuatan dalaman bagi Mukmin.
ALLAH `Azza wa Jalla adalah pencipta kita dan DIA adalah pencipta segalanya.  DIA mengetahui yang zahir dan yang batin.  DIA mengetahui apa yang terkandung di dalam hati lemah kita.  Dan DIA tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya.
Di dalam al-Quran yang mulia, ALLAH telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia.  Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata ALLAH Jalla wa A`la di dalam kitab yang mulia tersebut.
Berikut adalah sebahagian dari jawapan-jawapan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing.  Semoga dengan mengetahuinya, hati kita bisa menjadi tenang, insyaALLAH.
1.
Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri“Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”, sebenarnya ALLAH `Azza wa Jalla telah pun memberitahu kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat diri kita.  ALLAH berfirman:

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, 2:216)
2.Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
3.Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa???, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (Surah ali `Imran, 3:139)
4.Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:

وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)
5.Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdirALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)


6.Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”.  Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan.  ALLAH telah pun berfirman:

فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ

“Maka katakanlah:  “Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”” (Surah at-Taubah, 9:129)
Maha Suci ALLAH, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita.  Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata ALLAH di dalam al-Quran yang mulia bisa memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya.  Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini.  Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…
Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana ALLAH sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.

Credit: Kerana Dia