11 December 2014

Si Buta Istimewa

Dia memasamkan muka dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali dia ingin membersihkan hatinya. Atau dia mahu mendapatkan pengajaran. lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

Adapun orang yang merasakan dirinya serba cukup. Maka kamu melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera. Sedang dia takut kepada Allah. Maka kamu mengabaikannya." (Surah 'Abasa 1-10)

Surah 'Abasa, kisah seorang buta yang istimewa, Abdullah bin Ummi Maktum, kerananya Rasullullah s.a.w ditegur Allah.

Rasullullah Tidak Berpaling...
Lelaki buta itu mengetahui tentang gerakan dakwah Rasullullah dan para sahabat baginda. Beliau tunduk dengan seruan menyembah Allah dan meninggalkan penyembahan berhala. Kerana itu beliau datang ke rumah al-Arqam beliau tidak mengetahui Rasullullah sedang melayan para pembesar Makkah. Kerana itulah beliau memanggil baginda. Namun Rasullullah tidak menyahut.
Beliau menyeru lagi:"Wahai Rasullullah, ajari aku apa yang Allah ajar kepadamu."
Sekali lagi Rasullullah tidak berpaling.
Baginda sedang menjelaskan tentang Islam kepada para pemuka Quraisy. Sekali lagi beliau memanggil, "Wahai Rasullullah, bacakanlah kepadaku al-Quran.
Ibn Ummi Maktum menyangka Rasullullah tidak mendengar panggilannya. Kerana itu beliau tidak berganjak.
Rasullullah pula pada saat itu berpandangan keislaman para pembesar lebih bermanfaat kepada Islam. Lalu baginda mengabaikan dahulu panggilan Abdullah Ibn Ummi Maktum. Baginda terus berusaha meyakinkan para pembesar Quraisy.

Didikan Allah...
Akhirnya para pembesar Makkah meninggalkan majlis Rasullullah. Tidak seorang pun yang mengimani seruan baginda. Ketika mereka pergi, Rasullullah teringat orang yang mengganggu Baginda semasa sedang berbicara dengan para pembesar Quraisy. Lalu turunlah ayat Abasa.
Rasullullah yakin ayat itu teguran Allah kerana mengabaikan Ibn Maktum. Lalu Rasullullah mengutus seseorang untuk mencari dan memintanya menemui Baginda. Ketika Ibn Maktum datang, Rasullullah menyambut dengan sukacita dan bersabda: "Selamat datang wahai orang yang kerananya aku ditegur Allah."

Abdullah Ibn Ummi Maktum...
Beliau buta sejak lahir, sepupu kepada Khadijah binti Khuwailid ini antara angkatan sahabat terawal memeluk islam di Makkah. Kemudian beliau ditugaskan ke Madinah sebagai pengajar bersama Mus'ab bin Umair. Hal ini sebelum baginda berhijrah ke sana. Semasa nabi sudah menetap di Madinah, beliau ialah muazin tetap Masjid Nabawi bergandingan dengan Bilal bin Rabah.

petikan dari Majalah Solusi..


Hidup Ini Harus Diteruskan...