25 January 2014

Untuk itulah kita diciptakan




Untuk apakah kita hidup di dunia ini???
Kita hidup di dunia bukan hanya untuk makan atau membanting tulang mecari nafkah.


Tujuan utama kita hidup di dunia adalah untuk beribadah dan mentauhidkan Allah.


Sebagaimana dalam ayat (yang ertinya):


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”


(Quran Surah Adz Dzariyat : 56)


Manusia tidak dibiarkan begitu saja di dunia ini tanpa ada perintah mahupun larangan.


Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?


(Quran Surah Al Qiyamah : 36)


Imam Asy Syafi’i mengatakan;


“(Apakah mereka diciptakan) tanpa diperintah dan dilarang?”


Ulama lainnya mengatakan;


“(Apakah mereka diciptakan) tanpa ada balasan dan siksaan?”


(Lihat Madaarijus Salikin karya Ibnul Qayyim. 1: 98)


Justeru wajarlah kita saling dan sering mengingatkan. Janganlah kita Islam hanya pada nama dan di Mykad, akan tetapi sewajibnya kita masuk ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhan).


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


(Quran Surah Al Baqarah: 208)


Ibnu Katsir menegaskan bahawa maknanya adalah lakukan seluruh ajaran Islam, iaitu belbagai cabang iman dan belbagai macam syari’at Islam.


Orang Islam itu wajib Solat lima waktu. Wajib anti syirik dan meninggalkan pelbagai ritual kesyirikan.


Orang Islam itu beribadah dengan mengambil tuntunan sunnah Nabi Salallahu Alaihi Wasallam dan inilah prinsip Islam sebenarnya.


Ayuh kita muhasabahkan sentiasa, insya’Allah.

creditt to: Atriza Umar