27 October 2014

Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam bukunya Al-Rukhas al-Syar’iyyah meletakkan satu tajuk: Adakah beriltizam dengan mazhab tertentu perkara yang dituntut syarak?.
Beliau menyebut tiga pendapat. Namun beliau telah mentarjihkan (memilih) pendapat yang menyatakan tidak wajib.
Kata beliau: “Kata mijoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafi’i atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan hanya tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah:
(maksudnya):” Maka bertanyalah kamu kepada Ahl al-Zikr jika kamu tidak mengetahui.
Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabah dan tabi’in tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanya sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam, atau mengikut mazhab tertentu dalam semua masalah.
Katanya lagi: "Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat. Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh…Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi Ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan –seperti yang dijelaskan-. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya”. (sila rujuk: Al-Zuhaili, Dr Wahbah, al-Rukhas al-Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair).
rujukan: Dr Maza

Sebelum kenali adik ini..




Sebelum kenali adik ini...kami byk dipertemukan dengan mangsa perang yg cacat anggota akibat kezaliman Zionis dalam 2 perang besar 2008 dan 2012...mcm2 kisah derita...jadi mungkin dah jumpa ramai kami juga seakan dah terbiasa dan saya sendiri tak beri fokus yg lebih...masa terima bantuan rm300 Hiam berkerusi roda ditemani ibunya...baju dua beranak ni compang camping...mereka sangat dhaif...tiba di bilik rawatan Hiam dah ada di katil rawatan dan sedang menerima pemeriksaan doktor...mata saya segera jadi besar apabila doktor tunjukkan imbasan x ray...dalam perang 2008 ketika berusia 8 tahun Hiam ditembak...dan peluru Zionis masih tertanam dalam organ hatinya menyebabkan sistem saraf rosak dan dia tidak dapat berpijak dengan baik mengakibatkan kakinya berlubang teruk...baunya Ya Allah...dengan kemudahan yg minimum di Gaza...apa yg doktor boleh buat adalah lakukan pembedahan kecil mengambil isi daging di bahagian paha dan menampal lubang2 tu...nak keluarkan peluru agak berisiko kerana dah terlalu lama...nak dapatkan rawatan luar negara pintu sempadan tak dibuka...saya mula nak kenal lebih lanjut tentang Hiam...ibunya sentiasa berikan kami senyum yg tawar shj tapi sering berkata...Syukran Malayzi...dan Hiam sendiri berkerut dahi sepanjang bersamamya...rupanya setahun Hiam tak ke sekolah kerana dia terasa tak sempurna...campurtangan pihak sekolah dan hospital akhirnya Hiam ke sekolah...lebih membanggakan Hiam sangat aktif bersukan dan antara pelajar cemerlang di sekolahnya...dan yg paling meremukkan hati saya.........................................................sebaik melihat Hiam turun dari katil rawatan...Ya Allah...saya tertanya2 bagaimana dia boleh aktif dan cemerlang dlm akademik...cara dia berjalan...saya tak sanggup tengok.....................................warga Gaza memang dahagakan kata2 semangat...apa lagi jika mereka tahu kita dari Malaysia...kami sering dikejar wartawan Gaza utk ditemuramah...bukan utk apa...hanya utk kata2 semangat...saya berkata kpd diri...saya perlu suntik sedikit kata2 semangat...mana tahu berguna utk dia...sebelum dia beredar saya panggil Hamza Deraiwi utk katakan kpd Hiam..."Seandainya diizinkan Allah...utk saya sampai lagi di Gaza...mungkin dalam masa 10 tahun akan datang...saya percaya Hiam pada masa tu bergelar seorang Doktor"...buat pertama kali Hiam ukir senyuman dan merenung mata saya dengan berkata..."InshaAllah"....saya biarkan jurukamera ikut Hiam sampai ke dalam teksi kerana saya tak nak Hiam lihat saya 'breakdown' kerana Hiam perlu terus kuat dan dibekalkan dengan tenaga positif utk jalani hari2 mendatang... Ya Allah permudahkanlah kehidupan warga Gaza dan hancurkanlah Zionis dan org2 yg zalim terhadap mereka...

24 October 2014

Hari Asyura

Pada 10 Muharram yang dikenali juga Hari Asyura berlakunya :-

Hari pertama Allah mencipta alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan Arasy.
Allah menjadikan Luz Mahfuz.
Allah menjadikan Qalam.
Allah menjadikan Malaikat Jibrail.
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke  langit.
Nabi Nuh di selamatkan Allah daripada hangus dibakar oleh Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.
Penglihatan nabi Yaakub kabur dipulihkan oleh Allah.
Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat dari perut ikan paus sepanjang berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Selamat Tahun Baru Hijrah....

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".


HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.



Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1)  Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2)  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3)  Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
4)  Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

Selamat Tahun Baru... 1436H...

03 October 2014

APA ANAK TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ... ..

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadaan Kita Setiap Hari.....
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya," Telefon Lah Anak Kita Tu Tanya Dia Apa Kabar Dan Macam Mana Kerja ,,,,,, Balik Tak Minggu Nie,,,,, ..."
Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita....Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian
Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak"Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??
Waktu  Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.
Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?
Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?
Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..
Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?
Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".
Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..
Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??
Pecayalah seorang ayah akan sangup belanjakan duit utk anak2nye walaupun dalam koceknye tinggal  rm5,,,, hebat pengorbanan dia,,,,,,
JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

#AyahWiraHatiku
#copypastedariwechat..