06 August 2014

Kerja Itu Kan Ibadah

Kerja itu kan satu ibadah. Sebenarnya nak ingatkan diri sendiri yang kadang2 ni selalu terlupa. Setiap apa sahaja kerja yang kita lakukan untuk mencari rezeki itu kan satu ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).
Pabila sesuatu kerja yang kita lakukan itu dengan baik, sempurna dan teliti rezeki yang kita terima pun berkat lagi barakah. 
Tapi bila aku pandang sekeliling aku kat pejabat ni ibadah kah kerja itu, berkat kah rezeki kita itu andai kita dengan sewenang-wenangnya menggunakan harta benda pejabat untuk kegunaan sendiri, keluar makan pada waktu kerja, tak buat dengan sempurna setiap kerja yang diberikan, menggunakan talian internet untuk perkara yang tak berfaedah. Seperti kita menggunakan talifon pejabat untuk call suami, kawan2, mak ayah kat kampung untuk hal2 peribadi. Seperti kita Menggunakan barang2 lain pensel, pen, kertas untuk print kerja sekolah anak, untuk print resepi2 masakan. kita melayari internet untuk tengok gosip2 artis tu artis ni. Berbual kosong menceritakan perihal orang tu orang ni. Ibadah kah kerja kita tu dan berkat kah rezeki kita andai tercalar dengan perkara2 yang nampak macam kecil tapi besar impak dia pada rezeki kita. 
Teringat pada satu kisah tentang Khalifah Umar bin Abdul Aziz, seorang Khalifah yang amanah. "Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”



Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”



Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Pernahkah terfikir di hati kita, kita mencari rezeki yang halal, kita nak rezeki yang berkat kerana dengan rezeki itu kita nak bantu kedua ibubapa kita, dengan rezeki itu kita beli makanan untuk bagi anak2 kita makan, dengan rezeki itu kita buat macam2 untuk keluarga kita. 
Carilah rezeki yang halal dan berkat untuk mendapar keredhaan Ilahi. InsyaAllah..

0 Cer komen Cikit: