27 October 2014

Sebelum kenali adik ini..




Sebelum kenali adik ini...kami byk dipertemukan dengan mangsa perang yg cacat anggota akibat kezaliman Zionis dalam 2 perang besar 2008 dan 2012...mcm2 kisah derita...jadi mungkin dah jumpa ramai kami juga seakan dah terbiasa dan saya sendiri tak beri fokus yg lebih...masa terima bantuan rm300 Hiam berkerusi roda ditemani ibunya...baju dua beranak ni compang camping...mereka sangat dhaif...tiba di bilik rawatan Hiam dah ada di katil rawatan dan sedang menerima pemeriksaan doktor...mata saya segera jadi besar apabila doktor tunjukkan imbasan x ray...dalam perang 2008 ketika berusia 8 tahun Hiam ditembak...dan peluru Zionis masih tertanam dalam organ hatinya menyebabkan sistem saraf rosak dan dia tidak dapat berpijak dengan baik mengakibatkan kakinya berlubang teruk...baunya Ya Allah...dengan kemudahan yg minimum di Gaza...apa yg doktor boleh buat adalah lakukan pembedahan kecil mengambil isi daging di bahagian paha dan menampal lubang2 tu...nak keluarkan peluru agak berisiko kerana dah terlalu lama...nak dapatkan rawatan luar negara pintu sempadan tak dibuka...saya mula nak kenal lebih lanjut tentang Hiam...ibunya sentiasa berikan kami senyum yg tawar shj tapi sering berkata...Syukran Malayzi...dan Hiam sendiri berkerut dahi sepanjang bersamamya...rupanya setahun Hiam tak ke sekolah kerana dia terasa tak sempurna...campurtangan pihak sekolah dan hospital akhirnya Hiam ke sekolah...lebih membanggakan Hiam sangat aktif bersukan dan antara pelajar cemerlang di sekolahnya...dan yg paling meremukkan hati saya.........................................................sebaik melihat Hiam turun dari katil rawatan...Ya Allah...saya tertanya2 bagaimana dia boleh aktif dan cemerlang dlm akademik...cara dia berjalan...saya tak sanggup tengok.....................................warga Gaza memang dahagakan kata2 semangat...apa lagi jika mereka tahu kita dari Malaysia...kami sering dikejar wartawan Gaza utk ditemuramah...bukan utk apa...hanya utk kata2 semangat...saya berkata kpd diri...saya perlu suntik sedikit kata2 semangat...mana tahu berguna utk dia...sebelum dia beredar saya panggil Hamza Deraiwi utk katakan kpd Hiam..."Seandainya diizinkan Allah...utk saya sampai lagi di Gaza...mungkin dalam masa 10 tahun akan datang...saya percaya Hiam pada masa tu bergelar seorang Doktor"...buat pertama kali Hiam ukir senyuman dan merenung mata saya dengan berkata..."InshaAllah"....saya biarkan jurukamera ikut Hiam sampai ke dalam teksi kerana saya tak nak Hiam lihat saya 'breakdown' kerana Hiam perlu terus kuat dan dibekalkan dengan tenaga positif utk jalani hari2 mendatang... Ya Allah permudahkanlah kehidupan warga Gaza dan hancurkanlah Zionis dan org2 yg zalim terhadap mereka...

0 Cer komen Cikit: