Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.
Apabila hati
ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika
hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan
diri sendiri dan orang lain.
Hati yang
hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan
terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan
yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.
Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk
musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.
Disini ada beberapa cara bagi merawat penyakit hati...
1.
Mentarbiah
hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2.
Membaca serta
bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3.
Mendekatkan
kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4.
Khusyuk dalam
solat.
5.
Memperbanyak
zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6.
Melakukan
kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7.
Melakukan
amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8.
Beriktikad
dengan akidah yang betul.
9.
Sentiasa
melakukan muhasabah diri.
10.
Memperuntukkan
masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11.
Memperbanyakkan
qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12.
Tunduk dan
khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13.
Memastikan
sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14.
Menundukkan
penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15.
Suka
menziarahi kubur dan mengingati mati.
16.
Sentiasa
bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17.
Suka membantu
anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18.
Suka
bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Semoga bermanfaat..
0 Cer komen Cikit:
Post a Comment