29 May 2014

Ikhlaskah HATI?


Ikhlaskah hati aku dengan segala ketentuan Ilahi, ikhlaskah hati aku dengan segala dugaan n rintangan yang Allah beri pada aku. Ya Allah sesungguhnya aku bersujud pada-Mu, memohon ampun dan redha Mu dengan segala kekhilafan aku selama ini. Dengan segala pertanyaan demi pertanyaan yang aku lemparkan pada Mu, kenapa aku yang diduga, kenapa aku yang dipilih.. Ya Allah, ampunilah aku hamba Mu yang lemah ini. Sesungguhnya aku jadi lupa dengan segala nikmat yang telah engkau kurniakan padaku hanya kerana sedikit dugaan n ujian yang Kau berikan padaku. Aduh hati, bersabarlah, tabahlah, redhalah, tawakkallah dan usahalah untuk jadi seorang yang sentiasa redha, bersyukur dengan segala ketentuan-Nya. Bukan hati aku tak redha dan ikhlas tapi aku hanya insan biasa yang lemah.. Yang memerlukan bimbingan Mu Ilahi..

Ya Allah IKHLASkanlah HATIku seikhlas seorang hamba kepada Penciptanya..

0 Cer komen Cikit: