Untuk anak cucu
dan remaja sekalian, ikutilah paparan kisah benar ini untuk dapat
dirasakan kasih sayang Rasulullah saw terhadap kita semua - umat di
akhir zaman!!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat
berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi
Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10
0gos 2006.
Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul
selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini.
Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau
sakit, banyakkan membaca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air
untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah
tidak mampu berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di
bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan
sakit yg mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya
Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat
daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward
message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli
keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu
qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat
asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari
arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,
dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran
yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti
nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat
merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat
dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak
jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci
mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja Baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan
kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam
Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang2 ingat pada
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita
sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar
yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat
diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular
di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk
kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda
Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
“Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah,
datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’
ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan
Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2
sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat
lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina
Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk
membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan
yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr
mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang
sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi
meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau
berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Marilah kita kenangkan nabi kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh
kita. Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah.
'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan
di muka bumi ini melalui Baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala.
Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari
hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu
kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,
“Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya
Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman
mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau
ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)
p/s: Sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)
credit to :
0 Cer komen Cikit:
Post a Comment