07 July 2014

Makna Setiap Bacaan Dalam Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.. Disini ada sedikit perkongsian saya mengenai Makna bacaan di dalam solat yang selalu kita dirikan.

Makna Takbiratul Ihram
Makna Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram
- Allahu akbar 
- Allah Maha Besar

Doa Iftitah
- Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
- Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Surah Al-Fatihah
- Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil a'lamin Arrahmanir rahiim Maaliki yawmiddin Iyyaka na'budu wa iyyaka nastai'n ihdinas shirathal mustaqim Shirathal ladziina an'amta alaihim ghairil maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin
- Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan Ketika Rukuk
- Subhaana rabbiyal a'ziimi wa bihamdih
- Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Pujian bagi-Nya

I'tidal
- Samia'llahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdu 
- Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi Engkaulah Segala  Pujian

Sujud
- Subhaana rabbiyal a'ala wa bi hamdih
- Maha suci Tuhan ku yang Maha Tinggi dan dengan segala pujian bagi-Nya

Duduk Antara Dua Sujud
- Rabbighfirli, warhamni, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.
- Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Tahiyatul Awal & Akhir
- Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. 

Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil 'a-lamina innaka hamidummajid
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia

Semoga kita lebih kusyuk ketika solat dengan memahami maksud / makna yang kita baca dalam solat.. InsyaAllah.. Semoga bermanfaat..


0 Cer komen Cikit: