23 July 2014

Memburu Lailatul Qadar



 Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar di haram daripadanya. [Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2089]
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini
pada malam Lailatul Qadar,
Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?
Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Al-Qadr: 1-3)
“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) dengan kesejahteraan hingga terbitnya fajar.” [Al Qadar: 3-5]
 
 Sabda Rasulullah SAW: ”Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan penuh tulus ikhlas semata-mata mengharapkan ganjaran Allah, maka diampuni Allah akan dosa-dosanya.”

 doalqadar

0 Cer komen Cikit: