08 July 2014

Sahur.. Wajibkah Kita Bersahur?


Sahur dan puasa adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu". (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid)

Hukum bersahur adalah sunnah. Ia merupakan sunnah yang amat-amat digalakkan. Sesiapa yang bersahur, akan beroleh ganjaran pahala. Namun tidaklah berdosa jika tidak bersahur.

Terdapat pelbagai kelebihan bagi mereka yang bersahur untuk berpuasa.
  • Membezakan puasa Muslim dan puasa Yahudi
"Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur" (Riwayat Muslim)
  • Keberkatan Sahur
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Didik Jiwa Beribadah 1/3 Malam
Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam akhir. Lalu berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fakta Sains.. Sahur pengganti Sarapan.
Sarapan sangat-sangat penting kepada tubuh badan manusia. Tetapi pada bulan Ramadhan, atau berpuasa, sahur merupakan pengganti kepada sarapan.
Tugasnya untuk mengekalkan tahap tenaga yang kita gunakan pada siang hari.
Meninggalkan sahur akan menyebabkan diri kita
 - Lemah
 - Sakit Kepala
 - Cepat Lapar
 - Mudah mengamuk

Oleh itu, jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan kita dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang kita perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang.
Selain beroleh keberkatan daripada Allah SWT dan pahala mengikuti sunnah, kita juga akan memperoleh tahap tenaga yang tinggi untuk melakukan aktiviti seharian. InsyaAllah..

0 Cer komen Cikit: