09 July 2014

Tangan Pemberi bersentuhan dengan tangan Allah


Di Madinah terdapat sebatang pokok tamar yang bersejarah, ia dimiliki oleh seorang kaya dan dahannya berjuntai ke halaman rumah seorang fakir, apabila tiba musimnya, tamar dari pokok ini amat subur dan meriah. Pemilik pokok tamar segera mengutip buahnya, lebihan buah yang terjatuh di tanah dikutip oleh anak2 si fakir kerana kelaparan, si kaya yang melihat aksi mengutip bahkan telah mengejar anak2 itu dan merampas kembali tamar termasuk yang telah berada di mulut anak2 itu.
Si fakir telah mendatangi ar Rasul dan memohon ihsan baginda, baginda pun segera menasihati pemilik pohon tersebut, kalau2 boleh pertimbangkan untuk memberikan sisa yang jatuh kepada anak fakir yang "terliur" melihat kurma yang baik itu, rupanya pemilik itu amat bakhil, hatta permintaan ar Rasul pun ditolaknya.
Abu Dahdah mendengar kisah ini, segera menemui ar Rasul dan berkata "kalaulah saya dapatkan pokok tersebut dan serahkan kepada si fakir apakah ada jaminan balasannya di syurga". "Ya" jawab ar Rasul. Abu Dahdah terus berunding dengan pemilik pokok tamar itu dan hasilnya, pokok tamar itu dibeli oleh Abu Dahdah dengan nilaian 40 pohon tamar, Abu Dahdah menyerahkan pokok tamar tersebut kepada ar Rasul untuk diserahkan kepada si fakir. Abu Dahdah disediakan pohon tamar syurga.
Berkaitan peristiwa ini turunlah surah al lail yang memuji Abu Dahdah dan mengeji si bakhil.

Semoga kita menjadi seperti Abu Dahdah dan semoga kita antara yang tergolong dari hamba-hamba Allah yang sentiasa berinfak. InsyaAllah...

0 Cer komen Cikit: