06 June 2014

Duduk Antara Dua Sujud

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ     

Assalammualaikum.. Hari ni nak share cikit tentang duduk antara dua sujud. Sebenarnya pagi tadi aku ade terbaca dalam fb mengenai cara2 solat yang betul. Bila aku tengok cara duduk antara dua sujud kat dalam gambar tu tak sama dengan cara aku selalu buat ketika solat. Terkejutlah aku, sebab selama ni aku solat tak sempurna. Tapi rasenye mase sekolah dulu aku ingat lagi Ustazah yang ajar cara duduk antara dua sujud. Aku mulalah serch kat google mengenai cara2 duduk antara dua sujud. Nak cari kesahihan yang sebenar-benarnya. 
Gambar kat bawah ni lah yang aku tengok kat dalam fb mengenai cara2 solat perempuan.
Yang menjadikan kekeliruan aku adalah duduk antara dua sujud, Selalunya aku buat ialah papan punggung diletakkan di atas tumit dan jari kaki.
Tapi kalau diikutkan dalam gambar ni papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat. Eh yang mana satu betul ye..
 
 Akupon carilah kat google cara2 solat yang sempurna. Aku baca kat banyak tempat, sebab aku ni jenis mesti nak fahamkan betul2 apa yang aku buat dan apa yang aku lihat dalam gambar ni betul atau salah. Setelah aku cari, aku baca n aku fahami ini yang aku dapat. Kedua-dua cara ni betul, cara selalu aku solat n cara solat yang dalam gambar ni. Dan sebenarnya ada 3 cara yang dibolehkan atau diharuskan dalam solat.Aku ada jumpa beberapa blog yang berkongsi fasal duduk antara dua sujud ni. Tapi aku ambil dari blog Ibnu Muslim. Ni link die http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/duduk-antara-dua-sujud-lambang.html

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud itu ada tiga cara:

Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

"Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila ruku‘, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari ruku‘) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada raka‘at ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada raka‘at akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Cara yang kedua yang juga diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah duduk iq‘a iaitu dengan punggung didudukkan di atas kedua-dua tapak kaki dan tumit, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: "Abu Zubair mendengar daripada Thawus mengatakan: "Kami bertanya kepada Ibnu ‘Abbas mengenai duduk (dengan cara iq‘a) di atas dua kaki. Ibnu ‘Abbas menjawab: "Itu adalah sunat". Lalu kami berkata kepadanya: "Kami melihat (cara duduk sedemikian) menyusahkan orang tersebut". Ibnu abbas menjawab: "Itulah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam". (Hadis riwayat Muslim)

Cara ketiga menurut riwayat daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum ialah dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud. (Al-Majmuk: 3/399) Perkara ini disebutkan dalam satu riwayat daripada Az-Zubair yang maksudnya :

"Sesungguhnya dia (Az-Zubair) melihat ‘Abdullah bin ‘Umar apabila sujud, kemudian beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang pertama (lalu) duduk di atas jari-jari kakinya dan beliau berkata: "Sesungguhnya (duduk seperti ini) adalah sunnah". (Riwayat Al-Baihaqi)

Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Al-Kubra (2/464) menjelaskan bahawa duduk iq‘a seumpama ini adalah disunatkan sebagaimana yang diriwayatkan kepada kami daripada Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar Radiallahu ‘anhum. Beliau seterusnya menjelaskan cara duduk tersebut iaitu yang bermaksud :

"(Cara duduk itu) ialah meletakkan jari-jari kaki di atas bumi dan meletakkan punggung di atas dua tumit serta meletakkan lutut di atas bumi"

Menurut An-Nawawi, ulama‘ berselisih pendapat pada hukum duduk dan kaifiyat dalam duduk al-iq‘a. Sebenarnya cara duduk iq‘a itu dua macam:

1. Meletakkan kedua punggungnya di bumi, menegakkan kedua kakinya dan meletakkan kedua tangannya di atas bumi seperti duduknya seekor anjing. Inilah cara duduk yang dimakruhkan sebagaimana yang dimaksudkan dalam larangan hadis.

2. Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam perkara 2 di atas, Imam As-Syafi‘e menyatakan adalah sunat melakukan duduk Iq‘a ketika duduk antara dua sujud sebagaimana disebutkan dalam kitabnya Al-Buwaithi dan Al-Imla’. Walau bagaimanapun dalam nash (kitab) yang lain, beliau menyatakan duduk yang masyhur dan disunatkan ialah duduk iftirash. Oleh yang demikian, duduk yang afdhal menurut mazhab Syafi‘e ialah dengan cara duduk iftirash sama ada ketika melakukan duduk tasyahhud awwal, duduk antara dua sujud mahupun ketika duduk istirahah (duduk sebelum bangkit bagi raka‘at seterusnya). Manakala duduk ketika tasyahhud akhir sunat dilakukan dengan duduk tawarruk (sebagaimana duduk yang biasa kita buat pada raka‘at terakhir sebelum salam). (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/169-170)

Berdasarkan penjelasan di atas, menurut Imam Syafi‘e sunat duduk iftirash pada kebanyakkan duduk dalam sembahyang, kecuali bagi duduk yang diikuti dengan salam. Menurut beliau juga, duduk di dalam sembahyang itu ada empat iaitu duduk antara dua sujud, duduk tasyahhud awwal, duduk istirahah (duduk sebelum bangkit/berdiri bagi raka‘at seterusnya), dan duduk tasyahhud akhir. Kesemua duduk yang disebutkan tadi sunat dilakukan dengan duduk iftirash kecuali duduk tasyahhud akhir. Begitu juga bagi orang yang masbuq, sunat duduk dengan iftirash. Menurut Imam An-Nawawi, jika dilakukan kesemua duduk dalam sembahyang dan menjadikan kaki-kakinya itu dengan cara duduk iftirash, iq‘a atau tawarruk tidak akan membatalkan sembahyang sekalipun duduk itu berbeza-beza. (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/133-134)

Disunatkan dalam duduk antara dua sujud itu, meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dan tangan kiri di atas paha kiri dengan jari-jari diletakkan sejajar di atas kepala lutut sambil menghadap kiblat. Maka tidaklah mengapa jika jari-jari tersebut melimpasi lutut berkenaan. (Al-Majmu‘: 3/398)

Semoga apa yang aku sharing ni dapat memberi manfaat kepada semua dan untuk peringatan untuk diri aku jugak. InsyaAllah..

0 Cer komen Cikit: