12 June 2014

Pendapat para 'ulama tentang Hukum Haji dan Umrah

Foto


Tidak seorang ulama’ pun yang berbeza pendapat tentang hukum haji. Kesemuanya bersepakat bahawa ibadah haji wajib dikerjakan oleh orang Islam yang berkemampuan. Sesiapa yang mengingkarinya, bererti kafir. Dalil kewajiban haji adalah firman Allah SWT:

ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا

Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Iaitu (bagi) orang yang sanggup melakukan perjalanan ke Baitullah.

وأتموا الحج والعمرة لله

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan 'umrah karena Allah

Sementara itu, para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum ‘umrah'.
Apakah 'umrah itu wajib ataupun sunnah hukumnya.

Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama, iaitu golongan ulama’ yang mewajibkan ‘umrah adalah ulama’ Syafi’iyyah dan Hanabilah. Pendapat ini juga sependapat dengan ‘Umar, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, dan Jabir bin ‘Abdullah dari kalangan sahabat, Sa’id bin Jubair dan Sa’id bin al-Musayyab dari kalangan tabi’in.

Kumpulan kedua, iaitu golongan ulama’ yang menyatakan bahwa ‘umrah itu sunnah adalah ulama’ Malikiyyah dan Hanafiyyah. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Ibnu Mas’ud dari kalangan sahabat.

Pendapat pertama di antaranya adalah, Imam Maliki mengatakan bahwa ‘umrah itu sunnah, dengan mengemukakan alasan-alasan sebagai berikut:

a. Dalam berbagai ayat yang menunjukkan kewajiban haji seperti firman Allah SWT, Wa Lillahi 'ala an-Nasi Hijj al-Baiti, Wa azzin fi an-Nasi bi al-Hajji dan ayat lainnya, 'umrah tidak disebutkan.

Ayat dan hadis yang dijadikan dalil oleh mazhab Syafi'i seharusnya ditafsirkan (di-ihtimalkan) atas ibadah yang sudah mulai dilaksanakan. Sebab ungkapan firman Allah Wa Atimmu al-Hajja wa al-'Umrata lillahi memberi pengertian bahawa ibadah itu sudah mula dilakukan, dan apabila sesuatu ibadah itu sudah mula dilakukan, maka hukum menyempurnakannya menjadi wajib, meskipun itu ibadah sunnah.

Dalil hadis berupa tanya jawab tentang hukum 'umrah, yang kemudian dijawab Nabi bahawa hukumnya tidak wajib. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi, yang berbunyi:

حدثنا محمد بن عبد الأعلى الصنعاني حدثنا عمر بن علي عن الحجاج عن محمد بن المنكدر عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن العمرة أواجبة هي؟ قال لا وأن تعتمروا هو أفضل

Sedangkan pendapat kedua di antaranya Imam Syafi’i yang menyatakan bahawa ‘umrah itu wajib mengemukakan alasan-alasan sebagai berikut:

a. Allah SWT berfirman:
وأتموا الحج والعمرة لله

Ayat ini memerintahkan kita agar menyempurnakan ibadah haji dan 'umrah. Menyempurnakan ertinya melakukan sesuatu hingga selesai dan sempurna. Maka hal ini menunjukkan bahawa perintah menyempurnakan ibadah haji dan 'umrah hukumnya wajib.

Selain itu, pada umumnya al-Amr itu menunjukkan erti wajib, dan pada dasarnya antara ma'tuf 'alaih yaitu lafal al-hajji dan ma'tuf yaitu lafal al-'umrah mempunyai kesamaan hukum.

a. Dalil berupa hadis, mengenai pertanyaan ‘Aisyah kepada Nabi tentang kewajiban jihad terhadap wanita. Lalu dijawab Nabi, bahwa para wanita diwajibkan melakukan jihad yang tidak perlu menumpahkan darah, iaitu haji dan 'umrah. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yang berbunyi:

حدثنا محمد بن فضيل قال ثنا حبيب بن أبي عمرة عن عائشة ابنة طلحة عن عائشة قالت قلت يا رسول الله هل على النساء من جهاد ؟ قال نعم عليهن جهاد لا قتال فيه الحج والعمرة

wallahu a'lam

Susunan : Team Taman Ruhani
Sumber : www.alsofwah.or.id

0 Cer komen Cikit: