Antara Masjid yang akan dilawati oleh para tetamu Allah dalam siri
Lawatan Ketempat tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah adalah
Masjid Quba' . Yang pasti nya Masjid ini tersenarai dalam senarai Masjid
Masjid yang mesti di kunjungi . Cuma yang tidak pastinya ialah adakah
para tetamu Allah , satelah berhabisan wang demi untuk melakukan Umrah ,
berpeluang atau mengambil peluang untuk menunaikan Solat sunat 2 rakaat
di Masjid ini .
Ini adalah kerana , Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya " sesiapa
yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk
bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan
umrah "
Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "
Masjid Quba' , masjid yang di bina atas dasar taqwa dan iman , adalah
Masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam . Dalam surah Al Taubah ,
ayat 108 ,Allah SWT berfirman yang maksud nya , " sesungguhnya masjid
yang di dirikankan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih
patut kamu bersolat di dalam nya " .
Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini diturunkan khas di
tujuk kepada Masjid Nabawi namun ada juga pendapat mengatakan bahawa
ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba' . Walau bagaimana pun kedua dua
pendapat ini tidak bercanggah kerana kedua dua buah masjid ini dibina
atas dasar Taqwa .
SEJARAH
Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba' iaitu kira kira 3 Km dari
arah selatan bandar Madinah . Quba' di ambil daripada nama sebuah telaga
. Masjid ini berbentuk empat persegi dan terkini telah di perluaskan
kawasan nya menjadi hampir 5 035 meter persegi .
Sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Bukhari daripada Ibnu Umar
r.a bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba' pada hari Sabtu ,
Kadang kadang pada hari Isnin dan Khamis dengan menaiki unta atau
berjalan kaki .
Masjid Quba' dibangunkan pada hari Isnin 8 Rabiulawal , setiba nya
Rasullullah SAW di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah dari
Makkah . Baginda bermalam selama empat hari bersama Bani 'Amru Bin Auf
di rumah Kalthum Bin Al-Hadm .
Dalam riwayat yang diceritakan oleh Al-Syimus Binti Al-Nu'man rha ,
bahawa " Aku melihat Rasullullah SAW memikul batu bata diatas belakang
nya sehingga bongkok badan nya . Debu dan pasir memenuhi tubuh dan baju
nya . Apabila sahabat sahabat minta untuk mengambil bebanan itu daripada
baginda , beliau enggan sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain
.
Sesudah itu baginda mengimami solat secara berjemaah bersama para sahabat dan pada waktu berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa .
0 Cer komen Cikit:
Post a Comment