11 June 2014

Saidatina Aishah RA Difitnah

Perang Bani Mustalaq

Peperangan Bani Mustalaq berlaku pada Isnin, 2 Syaaban, 5 Hijrah. Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustalaq.
Dalam riwayat Imam Muslim, dijelaskan serangan terhadap Bani al-Mustaliq dibuat tanpa amaran. Perkara itu kerana Rasulullah sudah menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. Bani itu dianggap berperang dengan orang Islam sejak membantu orang Quraisy Makkah dalam peperangan Uhud. Mereka yang diserang secara mengejut, kebingungan dan tidak mampu melawan dalam tempoh masa yang agak lama.
Setiap kali Rasulullah ingin berjalan jauh, baginda akan membuat undian di kalangan isteri-isteri baginda dan akan membawa bersamanya sesiapa yang undinya dicabut.
Daripada peperangan ini, dicatatkan rampasan perang yang diperoleh ialah 1,000 unta dan 5,000 biri-biri. Kira-kira 200 orang ditawan dan ada pendapat yang menyatakan 700 orang.
Dalam peperangan kali ini, Aisyah dan Ummu Salamah telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah (s.a.w) terhadap isteri-isterinya. Yang menjadi masalah kini ialah penglibatan kaum Munafik dalam peperangan tersebut yang menyertai peperangan dalam keadaan berat hati serta sering menjadi batu api dalam tentera Muslimin.

Kepulangan yang tidak menggembirakan

Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan untuk berehat. Ketika itu, Aisyah telah keluar dari kawasan rombongan untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang diperbuat dari Jas Azfar telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh.
Pada masa yang sama, rombongan tentera tersebut telah memulakan kembali perjalanan dan sahabat yang bertanggungjawab menuntun kenderaan Aisyah mengangkat howdah atau sekedup (sejenis tandu) Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah sedang berada di dalam sekedup itu kerana Aisyah tidak terlalu berat. Tambahan pula, ketika itu beliau masih 14 tahun dan sekedup itu diangkat beramai-ramai. Maka, mereka tidak mengetahui ketiadaan Aisyah di dalamnya lalu terus bertolak.
Selepas itu, Aisyah pulang ke tempat perkhemahan dan mendapati bahawa dia telah ditinggalkan keseorangan oleh rombongan tentera baginda. Maka, beliau duduk di tempat asalnya dengan harapan salah seorang dari ahli rombongan menyedari kehilangannya dan mencarinya di situ. Beliau menunggu dalam keadaan ngantuk lalu beliau tertidur. Secara kebetulan, Safwan bin Al-Mu'attil As-Sulami Adh-Dhakwani yang ketinggalan ketika malamnya, telah bertolak ketika menjelang pagi dan dia terlihat kelibat manusia yang sedang tidur dan menghampirinya.
Disebabkan Safwan pernah terlihat muka Aisyah sebelum ini, maka dengan segera dia mengenali Aisyah lalu berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un" (Sesungguhnya kita daripada Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali). Terdengar perkataan Safwan itu, lantas Aisyah terjaga lalu mengenakan hijab untuk melindungi auratnya sebagai isteri Nabi. Safwan tanpa berlengah lagi mendudukkan untanya dan menyediakan tempat untuk Aisyah pada unta tersebut. Setelah selesai, Aisyah menaiki unta tersebut sementara Safwan menuntunnya hingga mereka bertemu kembali dengan rombongan yang lain ketika sedang berehat di waktu tengah hari. Selepas ketibaan mereka di kota Madinah, Saidatina Aisyah demam dan tinggal dibiliknya sahaja tanpa keluar ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular yang mana sebenarnya fitnah itu pada mulanya hanya bermain di bibir Abdullah bin Ubai  . 

Kemudian berita itu mempengaruhi 3 sahabat lain iaitu Hisan bin Thabit , Mistah bin Usasah dan Hamnah binti Jahsyi. Walaupun sahabat Nabi (selain dari 3 orang ini) tidak turut memperkatakan tentang fitnah itu tetapi mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian kepada fitnah itu. Setidak-tidaknya hati mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian tentang fitnah walaupun hati mereka menepis . Bagi penduduk Madinah tidak dapat lenyap daripada desas-desus fitnah jahat itu. 

Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasullulah saw dan baginda tidak percaya bahawa isterinya membuat perkara sekeji itu. Mustahil mereka yang soleh dan bertakwa itu tergamak melakukan perbuatan keji, sedikit sebanyak perasaan sedih melanda juga jiwa Rasullulah saw. Baginda merasakan tempias fitnah itu, ini kerana fitnah itu melibatkan isteri yang paling baginda sayangi. 

Oleh kerana Saidatina Aisyah demam dan tidak tahu menahu tentang fitnah itu dan merasa hairan melihat Rasullulah saw melayan dirinya lain daripada biasa. Dengan rasa pilu, Rasullulah saw mengizinkan Saidatina Aisyah untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Setelah sembuh dari demam Saidatina Aisya telah keluar untuk berhadas besar bersama-sama dengan ibu Mistah bin Usasah yang juga adalah sanak saudara ayahnya. Setelah selesai dalam perjalanan pulang kaki ibu Mistah telah tersangkut sehingga dia terjatuh lalu menyumpah anaknya Mistah. 

Saidatina Aisyah terkejut dan berkata:"Mengapa engkau mencaci lelaki yang turut berperang di Badar?"

Wahai Saidatina Aisyah, tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab : Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada Aisyah tuduhan pembuat cerita bohong.

Aisyah terkejut dan menangis tersedu-sedu sehingga terasa jantungnya berdegup dengan begitu kencang.
Beliau berlari ke rumah untuk mengadu pada ibunya tentang fitnah yang dilemparkan pada dirinya. Ibunya menasihatkan agar tidak sedih dengan khabar fitnah itu kerana wanita cantik yang dicintai suaminya dan menjadi madu sentiasa menjadi buah mulut orang.

Nabi yang gelisah menemui Ali dan Usamah bin Zaid untuk bertanya pendapat mereka. Usamah tidak percaya langsung pada fitnah yang dilemparkan pada Aishah. Ali mencadangkan agar bertanya pada pembantu Aishah tentang perkara itu.

Pembantu Aisyah menyatakan tuannya adalah seorang wanita yang baik. Akhirnya nabi mengambil keputusan untuk berjumpa isterinya untuk menjelaskan perkara sebenarnya kepadanya.

"Aisyah, kamu sudah mengetahui tentang apa yang dikatakan oleh orang ramai. Takutlah kamu pada Allah jika kamu telah melakukan sesuatu kejahatan seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Bertaubatlah kepada Allah kerana Allah menerima segala taubat hambanya."

Aisyah menjadi marah dan menoleh ke arah ayah dan ibunya. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut mereka. Beliau mula menangis dan berkata, " Kamu semua telah mendengar segala-segala-galanya tentang diri saya dan mempercayainya.

"Saya tahu jika saya memperakui apa yang dikatakan oleh orang ramai walhal Allah mengetahui saya tidak bersalah, bermakna saya memperakui sesuatu yang tidak benar.

"Namun sekiranya saya membantah apa yang mereka katakan, kamu semua tak akan percaya.

"Saya hanya boleh katakan apa yang dikatakan oleh ayah nabi Yusuf, maka sabar itulah yang baik dan hanya Allah tempat meminta pertolongan atas segala yang kamu lakukan."

Keadaan menjadi sunyi sepi. Apakah yang akan berlaku? Tiba-tiba wahyu turun ketika nabi hendak meninggalkan rumah Abu Bakar. Wajah nabi penuh dengan peluh walaupun pada ketika itu cuaca begitu sejuk.

Semua yang hadir di rumah itu senyap dan menarik nafas panjang. Setelah wahyu habis turun, wajah nabi kelihatan gembira.

"Allah telah menurunkan wahyu membuktikan kesucian kamu!" kata nabi yang kemudian membacakan 10 ayat dari surah al-Nur 11 ayat 26.

Turunnya ayat ini menunjukkan Aisyah dan Safwan bersih daripada semua tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Nabi merupakan orang yang paling baik dan sudah pasti wanita yang paling baik pula yang menjadi isterinya.

Aisyah meninggal dunia pada zaman khalifah Muawiyah ketika berusia 67 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Jannat al-Baqi seperti wasiatnya. Jenazah beliau dimakamkan oleh Abu Hurairah yang menjadi Gabenor Mekah pada masa itu.

0 Cer komen Cikit: