18 June 2014

Sungguh Aku Rindu




Tadi masa tengah godek2 fb, tengah like like like status dkt fb aku terjumpa 1 pic dgn status yg amat membuatkan aku terase rindu sesangat-sangat dekat satu tempat ni. Ni pic die.


 

Aku rindu sangat2 tatkala aku tengok pic ni. Semoga Allah menjemput aku tuk kembali lagi ke sini.. Rindu dengan suasana, rindu dengan kaabah, rindu dengan raudhah, rindu sangat2 nak berada di sana. Rindu nak bertawaf, rindu nak bersaie, rindu nak ke raudhah, rindu dengan orang2 disana. Rindu dengan segala2nya disana...

 "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Rindu nak bertalbiah lagi, "Aku datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah, Aku datang menyahut panggilan-Mu" sambil mengalirkan air mata, talbiah ni aku baca. Ya Allah betapa nikmat-Mu tak mengira sesiapa, aku hamba-Mu yang penuh dengan dosa Kau jemput kesana.
Terasa syahdunya ketika berada disini. Hati jadi tenang, fikiran lapang dan kite rase bahagia sangat semasa dekat sana. Terutama sekali bila dapat tengok Kaabah depan mata, sungguh-sungguh membuatkan aku menitiskan air mata masa tu. Tak sangka dalam usia muda ni aku dapat pergi sana, dapat bawa mak n abah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Dengan limpahan rezeki-Mu, dengan jemputan dari-Mu aku dapat kesana. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah, Semoga Kau menjemput aku kembali kesini lagi untuk aku beribadat kepada-Mu, untuk aku merasa nikmatnya kasih-Mu padaku.. 



Di Masjid Nabawi hati tersentuh bila ke Raudhah. Sungguh Raudhah itu taman syurga, bergenang air mata mengenangkan dosa-dosa yang silam. 

 

Sungguh aku rindu untuk berada disini. Sambil menunggu untuk masuk ke Raudhah aku bertafakur dan baca selawat ke atas Nabi saw. Bila dekat sini hati betul2 rase kita dekat dengan Nabi saw. Apa yang terfikir semua diluahkan di dalam doa2 yang penuh dengan pengharapan. Merasa nikmatnya bila berada berdekatan dengan Rasulullah saw, terase  seperti Rasulullah melihat kite, mencurahkan segala isi hati memohon syafaatnya. Ya Rasulullah, sungguh aku rindu, untuk berada berdekatan denganmu Ya Rasulullah..






0 Cer komen Cikit: